Wow! Jam 5.35 pm tadi. Kami selamat tiba di KLIA dari Kota Paris setelah terbang + transit selama lebih 18 jam. Kami bersama Cdm Jai, Cdm Haryati, Ddm TYI dan Ssm Jay terbang balik menggunakan EYGPTAIR. Florence dan Zakri juga termasuk dalam rombongan kami.
Kami keluar dari Kota Paris jam 3 pm waktu Paris. Tiba di Cairo 7 pm, waktu Cairo. Transit dulu di Cairo selama 3 jam 45 minit. Terbang dari Cairo jam 12 tengah malam dan tiba di Bangkok jam 12.40 pm waktu Bangkok. Terbang dari Bangkok jam 3 pm waktu Bangkok dan sampai KLIA jam 5.35 pm waktu Malaysia. Itulah kelana kembali ke asal.
Sebahagian lagi group ATM181, mereka dibawa pulang dengan pesawat TURKISH AIRLINE. Mereka terdiri Cdm Fitri, Cdm Ayu, Cdm Roshila, Cdm Siti Rahmah, Rahayu dan Mak Yam. Flight mereka jam 7.50 am, waktu Paris. Mereka chek out hotel jam 2 am lagi. Tak tidurlah gamoknya.
Jom balik rumah. Rindu pada anak-anak. |
Wow! Ingatkan beg tak beranak. Rupa-rupanya beranak juga. |
Tunggu bagasi. |
Mereka tiba 12 jam lebih awal dari kami. |
Kami bertolak dari hotel Mercure Paris La Defensi 5 ke 'Charles de Gaulle Airport', jam 8 am. Flight ke Malaysia jam 2 pm. Kena datang awal untuk urusan 'Tax Refund'. Nasib baik hari ini queue tak panjang. Cepat settle.
Sarapan jam 7 am. Hari ini bercampur dengan delegasi dari Indonesia.
Boleh tahan juga jumlah bagasinya. |
Bagasi hasil melontar di London & Paris. |
Tunggu bagasi. |
Pakai 2 bas sahaja. Hari ini, ada juga yang naik Qatar Airways dan SriLankan Airlines. Sikit-sikit. Nak dapat semua 105 orang dalam satu flight adalah mustahil.
Urusan imigresen mudah di Airport Paris. Begitu juga pemeriksaan security. Tak ketat sangat. Mesra. Senyum.
Tapi terbalik pula dengan pramugari EYGPTAIR. Masam je. Buat kerja pun kasar. Tuang air, nak tak nak je. Naik meluat aku tengok.
Wow! Masuk balai berlepas awal. Nasib baik ada laptop. Wifi free untuk 15 minit pertama. Nak lebih bayar la... 2 Euro untuk 30 minit. Delay 1 jam pun tak terasa. |
Transit di Cairo. Ramai orang kita balik Umrah. Mereka juga transit kat sini. Mereka lama, sempat ziarah dulu. Sampai pagi dan malam baru fly.
Dah tiba di Cairo. Turun dulu. Lepak king dulu. |
Ahlan! |
Isi dulu borang penilaian terhadap prestasi GTT. |
Rakam sejarah dulu. Tak tahu bila akan sampai lagi ke sini. |
Transit di Bangkok, sekejap sahaja. Turun dan masuk balai belepas. Tak sempat buat apa. Beli air je la. Cari buku pun tak ada yang memikat hati.
Ddm Wan Inda yang jemput. Dalam perjalanan call maid. Sampai boleh terus makan.
Bagi aku. Trip kali ini lebih mencabar minda. 9 hari di bumi orang. Lebih-lebih lagi tersangkut lebih 32 jam. Satu lagi kena perbaiki. Pasal makanan. Kena siap sebelum delegasi sampai. Ni tidak. Kena tunggu lebih 10 minit. Jadual padat dan lapar(sejuk cepat lapar). Ada kes tu, makan nasi mentah, meja aku la tu. Masak yang awal tak cukup untukn semua delegasi. Kena tunggu. Melantak lauk. Bila nasi sampai, lauk dah nak habis.. Hairan aku. Itu hari pertama. Kes ini terjadi di restoran Melur.
Satu lagi kes. Juga makanan tak cukup. Masak lain. Bila delegasi dah menunggu. Masak cepat2. Tak masak nasi. Setengahnya dapat, setengahnya menunggu lebih 30 minit. Lapat dan sejuk..
Nak ke London & Paris. Kena bawa poket tebal. Banyak benda nak beli. Banyak benda nak borong. Sikit-sikit bawa duit, buat hati merana sahaja. Beg-beg berjenama lebih murah, kalau nak dibandingkan dengan harga di Malaysia. Lagi satu kat sana lebih terkini. Tak kan pi jauh-jauh hanya beli satu beg je. Kena 2,3 baru berbaloi. Baju-baju budak. Murah-murah dan lawa-lawa.
Lain kali, setiap kali trip tak payah lama-lama. Hanya 1 negara sahaja. Seminggu tu dah kira lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan