Jom Follow

Isnin, 11 Mac 2013

London Hari Ke 3; Bicestet Village.

Dah 1 jam sampai, Chic Outlet Shopping.

Aku dah pusing habis. Sekejap je. Hanya beberapa kedai je yang aku singgah. Coach, levi's, lacoste, Timberland. Malas nak masuk semua. Masuk pun tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak beli apa. Tak ada yang memikat aku.

Terdapat lebih 120 kedai. Ada yang biasa aku nampak di KL, seperti Armani, BOSS HUGO BOSS, DUNHILL,GUCCI, GUESS,LACOSTE, LEVI'S. Itu beberapa yang dapat aku catat kat entri ini.

Dah pusing habis. Lepak & menulis & baca di PRET. Pekena kopi & sandwich vegetarian. Nak lepak kat luar dah tak tahan. Nak beku. Sejuk & berangin. Otak pun macam tak betul.hihihihi.

Aku malas nak ikut. Biarkan mereka teruskan aktiviti biasa. Pilih & tengok harga & tukar ke RM & bincang & letak kembali. Hihihihi. Ada yang beli dan ada yang tengok saja. Tapi aku pasti, mereka termotivasi. Kena meniaga lagi besar. Kena kumpul pitis lagi. Kena datang lagi.

Mereka termotivasi. Setiap trip jangan tak ikut. Rugi. Nak datang sendiri, mungkin tidak.

Shanghai mesti layak. Layak dan bawa duit untuk shopping. Layan kehendak hati. Lebih-lebih lagi para wanita. Macam-macam brand ada. Cuma mampu dan tak mampu je. Hasrat hati semua nak sapu

Jam 4.15 baru balik London. Masih ada 5 jam. Huhuhuh. Apa aku nak buat. Nasib baik ada buku & paper serta fb. Kurang sikit boring. Nak balik sendiri jauh.

Aku share sikit foto kat sini untuk tatapan semua.













1 ulasan:

  1. Salam Cek Din...

    enjoy da trip. hepy holiday

    BalasPadam

Powered By Blogger