Jom Follow

Rabu, 20 Mac 2013

Life Of Pi: Best ke?

Selamat pagi. Ada yang dah lena. Ada yang baru nak lena. Ada yang lambat lagi nak lena. Ada yang dah berada kat rumah. Ada yang masih di luar. Ada yang sedang bersama rakan kongsi. Ada yang sedang convince prospek. Ada yang sedang menjala prospek untuk berkongsi kebaikan bvsm dan keistimewaan biz ini.

Aku pun baru sampai rumah. Lepas kelas tadi, vrooom ke Taipan Corner. Cari nasi. Macam kemaruk nasi je. Sebelum Maghrib aku bedal nasi ayam penyet. Tadi pula sampai 2 pinggang bedal nasi. hihihihi. Aku tak tahu kenapa jadi sampai gitu sekali. Padahal baru 10 hari berkelana di London & Paris.

Tidur pun belum betul lagi. Semalam jam 3 am dah terjaga. Dah tak boleh lena. Apa lagi bangun la. Buat apa yang patut. Jangan ditanya. Apa yang patut tu. Jam 4.30 am, keluar. Cari makan. Bedal roti sardin & nasi goreng di Restoran Pelita, sebelah IOI. Jaga sampai pagi. Jaga sampai hantar Baby ke sekolah. Balik hantar Baby, bagi sampai jam 12 tengahari.hihihihi. Kerja sendiri je yang boleh buat gini. Jangan jeles. Hari mula-mula sampai tu, Ahad. Tak boleh lena. Hampir pagi baru lena. huhuhu.

Bangun je tadi. Servis Myvi dulu. Sayang JTX1000 tak ambil. Terpaksa guna minyak lain. Minyak lain hanya 5,000 KM sahaja. Bila dah tak bawa minyak sendiri, kena RM250. Kalau bawa, tak sampai RM200 pun. Pad brek depan dah layak tukar. Kalau tak kesian disk brek. Silap-silap kena tukar. Lagi mahal.

Lepas tu, pi ambil WRY181. Terperap di workshop, Puchong Perdana. Tinggal sejak Jumaat sebelum terbang ke London lagi. Dah 12 hari berada di sana. Tinggal kat situ, kasi settle masalah bateri cepat kong, bila 2,3 hari enjin tak jalan. Kena ke C&C juga sudahnya. Bila tu nak gi. Kalau gi, berapa hari pula kena tinggal kat situ. Masalah! Masalah! Kena buat juga. Kalau tak buat, kena lagi. Kong bateri. Lagi bermasalah.
Hasil tukaran duit euro & pound.

Pitis tu buat beli buku.
-

Dah ambil. Aku ke IOI. Cdm Kartini ke Hq, Jalan Kapar. Aku tukar duit euro dan pound yang masih berbaki. 40 euro dan 10 pound. Dapatla RM206. Duit tu aku buat beli buku. Lepas geram, kat London tak masuk kedai buku pun. Masuk kat Stesen St Pancras, tak melontar apa-apa. Dapat 4 buah. Jadi la untuk 3,4 hari. Itu yang kena kerja lebih masa sikit. Nak kena habis. Kalau tak rugi je,beli. hihihihi 
4 buah buku. Beli di IOI petang tadi.

Usai beli buku. Dah jam 4.30 pm. Vrooom lagi. Ambil baby balik sekolah pula. 

Malam ikuti kelas. Aku ralit dengan buku. Ada beberapa lagi yang belum baca. Kena bagi lebih masa. Bersama buku di Al Munawarah. 

Dihujung-hujung waktu. Layan seketika penjual DVD. Sekejap pun sampai 10 minit juga. Aku seronok dengar, cara dia convince aku supaya beli DVDnya. Terbeli juga 2 keping. 1 tak bagi, kena 2. hihihi. Aku bukan beli DVD, tapi aku beli usaha gigihnya.
DVD..

Esok mula kerja. Esok mula action. Esok mula gerak. Esok mula berbiz. Esok mula jumpa prospek. Esok mula melangkah. Dua hari rehat. Bertenaga kembali. Ini pun dah lewat. Ada tu, pijak je kaki di KLIA, terus buat demo. Orang dah berumur. Dah tua. Rehat kena lama sikit. hihihihi

Mula dengan 3 appt.hihihi. Jangan jeles. Berapa orang akan jumpa, belum tentu 3 orang. Mungkin lebih. Kurang tak mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger