Jom Follow

Isnin, 18 Mac 2013

London Hari Pertama: Buckingham Palace.

Wow! Kita sambung lagi. Travelog kami ke Kota London. Kisah hari pertama pun belum habis lagi. Masih ada lagi yang belum share. Harap tak jemu menyinggah. Jemu pun nak buat macamana. Dah itu cara aku menulis.

Hari pertama di Kota London. Pagi dah share. Tengahari dah share. Ini pula belah petang. Lepas solat punya kisah. Kisah tak panjang sangat. Tapi fotonya lebih banyak. Kau orang pun bukan suka sangat baca pun. Lebih suka tengok foto. Bahasa foto lebih mendalam dan menyentuh hati. Dok gitu.

Lepas makan dan solat. Kami dibawa melawat Queen Victoria Monument dan sekitar gate Buckingham Palace. Senang cakap, melawat luar pagar Buckingham Palace. Kat sini pun dah tak cukup masa. Banyak sudut-sudut menarik untuk diabadikan. Tempat tumpuan pelancong. Nak kata wajib pun boleh juga. Tak sah datang London, kalau tak ke sini.

Saat paling ditunggu-tunggu ialah acara pertukaran pengawal. Macamana? Aku tak tahu. Tak pernah tengok. Orang kata, menarik. Hari yang kami ke sana, acara ini berlangsung 11.30 am. Dah lepas la tu.

Buckhingham Palace, tempat tinggal rasmi Raja British dan urusan rasmi diraja. Mula dibina 1761 lagi. Nak tahu lebih lanjut. Weekday Ratu tinggal sini. Weekend akan tinggal di Windsor Castle.

Jom layan foto. Maaf diminta, andai lama anda di sini.

Pintu Pagar Buckingham Palace. Mesti ambil gambar di sini.

Foto Cdm Kartini berlatarbelakangkan Monument Queen Victoria

Arca Singa pun ada kat situ.

Wow! Ada kenangan di Gate Buckingham Palace.

Lihatlah betapa gahnya Gate Buckingham Palace.

Pengawal Istana.

Pengawal Istana.

Cdm Kartini & belakangnya arca singa.

Wow!

Wow! Seronok sakan.

Macam-macam gaya.

Wow!

Ha!ha!ha!

Aku pun ada gambar kat sini.

Cdm Roshila.

Cdm Haryati.

Aku, Jay & Cdm Jai.

Ha!ha!ha! Apa yang Cdn Jai & Jay dok pikir.

Aku & Ikan duyung.

Cdm Jai & Jay, panjat sampai atas sana.


Wow! Bertiga pulak.


Wow! View belakang yang cantik.

Aku yang kesejukan.

Apa yang direnung!

Cdm Kartini

Wow! Cdm Kartini macam biasa je datang sini.


Kenapa pulak senget kepala tu?

Wow! Fokus cantik-cantik.

Bersama pelajar Malaysia dari Mesir.

Bertemu dengan pelajar Malaysia dari Mesir. Sempat ambil no phone. Mana tahu, habis belajar boleh jadi rakan kongsi.

Cdm Kartini.


Gaya seorang leader.


Wow! Siapa sangka aku sampai ke sini.

Ha!ha!ha! Cdm Kartini & Teksi. Teksi tu siap berhenti untuk diambil gambarnya.

Gaya Cdm Kartini.

Bas pun nak ambil gambar.

Pintu masuk galeri istana buckingham palace.

Setelah puas bergambar. Lepak king sebelum naik bas ke destinasi seterusnya.
Sebelum beredar dari sini. Kami sempat masuk galeri dan kedai cenderamata. Teruja dan menarik. Aku cuma beli buku sebagai kenan-kenangan sebagai tanda aku pernah sampai ke sini.

Buku Buckingham Palace.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger