Jom Follow

Isnin, 4 Mac 2013

6 Cabaran Ketika Biz Jadi.

Lepas sarapan. Lepas baca paper. Mengadap PC. Semak 'fb'. Update blog. Tunggu masa nak keluar. Tunggu masa appt. Senangkan kerja.

bvsm

Biz sedang naik. Cabaran pasti datang. Datang dalam pelbagai bentuk. Datang dalam pelbagai rupa. Datangnya kita sedar @ tanpa kita sedar. Datang nak uji hati kita. Besar hati @ kecil hati.

Bukan cakap kosong. Dah lama berada di sini. Dah macam-macam tengok. Dah macam-macam jumpa.Tak dapat atasi, biz besar tak lama. Ketika biz syarikat bommm, biz personal kita kucup.

(1)
Berebut prospek. Paling kerap terjadi. Selesailah baik-baik. Kita berada dalam satu kapal. Tak molek berebut prospek. Kalau terjadi, kena hati besar. Tanyalah empunya badan juga. Mana yang dia selesa.  Ikut pengalaman lepas, prospek yang kita dok berebut tu tak biz besar pun, tapi hati dah luka.

Kita dah bergaduh. Kita dah berebut. Kita dah kecewa sakan. Padahal prospek pun belum tentu berbiz besar dan lama. Prospek belum tentu menjadi-jadi biznya.

(2)
Biz besar, adalah cabaran. Jadi ego. Aku dah pandai. Aku paling bisa. Aku paling hebat. Ramai orang tiru aku. Orang lain tak macam aku. Orang lain tak pandai. Adalah lebih baik, jaga hati. Jaga cakap. Banyakkan doa, agar menjadi-jadinya biz dalam masa yang lama. Kalau boleh sepanjang hayat.

Ada juga dah macam penglipulara pula. Syok bercerita bila dikelilingi oleh rakan kongsi. Kadang-kadang cerita basi je. Kadang-kadang cerita tak membantu rakan kongsi berniaga pun. Tak kurang juga dok cerita pasal diri sendiri yang hebat. Hebat yang setengah masak. Ingat Hai-O bayar bonus ikut closing kat stokis, bukan ikut cakap close sini, close sana. Dentam sentum bunyi mercun, car fund pun tak lepas.

(3)
Boros. Belanja lebih. Macam-macam beli. Kadang-kadang tak perlu pun. Beli sekadar suka-suka. Bayar itu, beli ini, ingatkan tersimpan masih tebal. Bila cek-cek, dah tak ada. Tak sempat nak menabung. Sebab dalam minda. Bulan depan masuk lagi. Bulan depan masuk lagi banyak. Bulan depan masuk lagi. Bulan depan masuk lagi.

(4)
Biz menjadi-jadi. Rakan kongsi mendadak ramai. Ramai yang terlepas pandang. Kita asyik bersama dengan rakan kongsi yang biz besar. Rakan niaga yang slow, terus tertinggal. Sepatutnya kita tarik mereka supaya berada diarus perdana. Sama-sama laju.

(5)
Leader lebih suka buat kerja kumpul. Sehingga terlupa nak buat kerja pisah. Kurang buat demo. Lebih suka ajak prospek datang kelas. Lebih suka suruh rakan niaga bawa prospek mereka datang kelas. 

Itu sekadar perkongsian. Nak ikut, boleh. Tak nak ikut terpulang. Sekadar peringatan, untuk aku paling utama. Aku insan, yang sering lupa dan banyak cakap.

BVSM menukar suasana biz. Syukur, bvsm muncul saat dan ketika yang tepat. Ramai yang pukau dengan bvsm. Ada yang terus ambil bvsm, jadikan killer produk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger