Bertemu lagi. Hari jumaat. Dah nak Maghrib. Lewat sikit. Tak apa, masih hari yang sama. Maaf kalayu ada yang dok tunggu. Ayat perasan!!Bukan tak nak kongsi. Tapi ada masalah sikit. Masalah tak sihat. Letih semacam je hari ini. Gula naik kot. Gout nak menyerang kot. Semalam sakan bedal hati lembu. Tapi dah 2 sachet, minum garam buluh. Macam nak ok dah.
Pagi-pagi hantar baby ke sekolah. Balik, makan nasi belauk. Rehat dan kat rumah. Tunggu Mem balik, dari ambil Aiman. Aiman balik, naik keretapi dan turun di stesen KTM Kajang.
Sampai rumah. Kami keluar demo. Demo bvsm. Kena ambil mesin sweep kad kredit dulu. Prospek suruh bawa. Mana tahu ada orang nak guna kad kredit.
Cuba kehebatan bvsm. |
SMV Sepang. Destinasi kami. Sampai jam 11 pm. Jam 12.30 habis. Keputusannya Ok. Memberangsangkan. Boleh pergi jauh lagi. Boleh pecut lagi. Prospek hari ini, akan join. Nak mula biz balik.
Bacaan hari ini. Buku BM sekejap je habis. Buku BI je yang lambat. Tak apa, asalkan baca, hihihi |
Aku buat apa. Baca buku je. Nak buat apa lagi. Nak jumpa Cikgu Saleh, dia pula tak ada. Cikgu Saleh ni PK kat situ. Dia ni mengajar satu sekolah dengan aku di SMT KL.
Seronok dan puas hati. Seronok juga, lihat gelagat guru-guru dan pelajarnya. Ada juga yang datang ambil result SPM.
Aku juga nak share sikit. Pasal Mak budak. Datang sekolah dengan suami. Temankan anak ambil result SPM. Dia tunggu depan opis je. Anaknya yang sibuk-sibuk jumpa cikgu. Urus hutang dulu, baru boleh ambil result. Hutangnya RM300 lebih. Hutang apa aku tahu pasti.
Bila dah dapat result. Maknya nak jumpa dengan satu cikgu ni. Namanya tak jelas. Tapi anaknya kata cikgu tak ada. Eantah betul ke tak betul aku tak tahu. Macam nak sound sesuatu je. Tak puas hati dengan cikgu tu. Cikgu tu cakap sesuatu. "mana boleh cakap macam tu." rungutnya. Kalau jumpa cikgu tu, aku pasti akan disemburnya cikgu tu.
Petang. Rutin biasa. Ambil baby balik sekolah. Jam 4.40 pm. Aku keluar rumah. Sampai sana jam 5 pm. Sekejap je tunggu. Mereka dah balik.
Sampai rumah. Makan dulu. Nasi Ayam Penyet. Tumpang kaki lima, pasar basah Aida. Kedai ni, endlot, jadi sesuai untuk buat kedai makan, khusus makanan Jawa Tengah. Aku je melayu yang sering makan kat situ. Tak tahu kenapa? Nak kata sedap. Tak sedap sangat. Tapi ...
Mula-mula tumpang. Mana tahu, suatu hari nanti ada restoran sendiri. Tak mustahil. Kita tunggu. Sekarang ni dah ada seorang pekerja.
Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha dialah yang dapat/jadi. Jom usaha lebih gigih lagi.
Biz MLM. Biz semangat. Biz mood. Tak ada semangat. Tak buat. Tak ada mood, tak jalan biz. hihihihi. Biz perasaan. Bila perasaan kacau, biz tak gerak.
Ada orang, ketika semangatnya tinggi. Wow! kencangnya biz. Mampu jumpa ramai customer. Bila semangat kecut, Berhari-hari ponteng biz. Orang lain sebut pasal biz pun rasa nak termuntah.
Bila moodnya kacau. Biz mati seketika. SMS upline tak replay. Call tak berangkat dan tak call balik. Tapi ketika moodnya ok. WOW! biznya amat kencang. Kerap call/SMS upline. Minta nasihat/strategi.
Biz oh Biz. Macam-macam boleh terjadi. Kaya memang doh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan