Bertemu lagi. Hari jumaat. Penghulu segala hari. Hari penuh barokah. Hari cuti. Hari akhir kerja. Dah 29/3/2013. Dah hujung bulan. Tapi masih ada masa untuk buat sales bulan Mac 2013. Masih ada peluang. Masih ada masa sponsor. Masih ada masa naikkan volume. Masih ada masa bantu rakan kongsi naik pangkat. Masih ada masa, bantu rakan kongsi lepas 'car fund'. Masih ada masa cukupkan wawasan. Masa belum berakhir.
Wow! Hari ini, Cdm Kartini buka booth di Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan. Jam 11 am hingga jam 3 pm. Aku diberitahu, dapat sambutan hangat. Teruja tengok demo bvsm. Teruja dengan kesan bvsm. Aku harap bukan setakat teruja sahaja, tapi biarlah ada yang beli dan lagi molek jadi usahawan sekali. Setakat beli, kita je yang dapat merasai kehebatan bvsm. Kalau jadi usahawan, ramai lagi yang boleh memiliki bvsm hasil promosi kita. Selain itu, dapat jana income membolehkan meningkatkan tabungan kita.
Aku tak ikut hari ini. Tidur mati. Penat. Drive dari Taman Putri Wangsa, Tiram Johor ke Bukit Kinrara, Puchong Jaya Selangor. Jam 11.45 pm dan sampai jam 5 am. Tidur di R & R Seremban. hampir 2 jam. hihihihi.
Tahniah buat warga ATM181. Tak jemu-jemu tingkatkan kualiti diri dan rakan kongsi. Hampir setiap hari mereka berusaha. Kongsi kebaikan bvsm. Tak kira jauh atau dekat. Kena bermalam pun tak kisah, asalkan dapat kongsi bvsm dengan seramai mungkin.
Terima Kasih Cdm Roshila kongsi foto ini. |
Ddm Khairul Nizam. Menjelajah Penang. Cdm Kuyah berkelana di Sabah. Begitu juga Cdm Roshila mengukuhkan lagi bvsm di Pantai Timur Sabah. Cdm Hazrizal & Cdm Yati telah melebar hingga Tanjung Malim. Cdm Faridah pulun di Kelantan. Cdm Asiah & Wahida sedang jelajah Sarawak dengan bvsm. Itu beberapa orang yang aku tahu.
Terima Kasih TYI, kongsi foto ini. |
Roadshow oleh syarikat juga semakin rancak. Semalam di Veenai Hotel, Penang. Sambutan hangat. Tak muat dewan. Taipan Warriors pun ramai yang hadir bersama Upline kesayangan mereka Cdm Fitri dan Cdm Ayu.
Tunggu anak main. Kena semak fb. Mana tahu ada oarng tanya pasal bvsm. Ada orang oder bvsm. |
Heboh. Kacau bilau. Huru hara. Kalut ribut. Nak bercuti pun tak tenang. Ada-ada je orang tanya pasal bvsm. Kami sepatutnya balik dari JB hari ini. Terpaksa dipercepatkan. Gara-gara bvsm. huhuhu. Sempat bawa anak ke Legoland.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan