Jom Follow

Selasa, 12 Mac 2013

Delay Jam ke-4: Singgah LOYLES.

Masih delay. Masih ternanti-nanti, bila nak bergerak.Sejuk yang amat. Perut dah minta diisi. Roti je yang ada & air mineral. .Macam-macam dah keluar. Kuaci keluar. Serunding keluar. Sambal bilis keluar. Roti keluar, tapaw masa breakfast. .Kalau lambat lagi. Dah tak tahu lagi apa yang akan keluar. hihihihihihihi.

Sejuk. Duduk sambil sembang, lagi sejuk. Sejuk sampai ke tulang. Kena jalan-jalan. Kasi panas sikit. Jalan-jalan sekitar sekitar stesen. Nak keluar bangunan. Lagi tak tahan, walaupun matahari terpacak kat atas. Angin!!!!

Sambil jalan. Cari kedai buku. Kalau ada yang menarik dan sesuai dengan bajet yang aku ada dan atas kesanggupan aku membacanya.

Kedai buku ini. Sunyi je. Tak bising. Bukan orang tak ada, tapi masing-masing serius memilih buku. Kita boleh memilih buku tanpa gangguan. Memilih dengan tenang. Boleh baca dulu isi-isinya. Kalau manarik dan sesuai, baru kita beli. Kedai buku di Malaysia, berbalut. Nak baca isi pun tak boleh. Beli ikut tajuk. Itu yang kadang-kadang frust. Isi tak menarik. Dah beli.

Jalan-jalan. Datang tempat berkumpul. Nasib baik kami dapat tempat cantik punya. Cafe...Dok berlonggok lama pun ok. Tak kena halau. Itulah hebatnya mereka. Kalau kat sini. Kompom dah kena halau. Tak halau pun dijeling-jeling oleh tuan @ staf cafe.hihihihi.

Tak tahu nak buat apa. Nasib baik, bateri hp masih ada. Kalau tak tak tahu la macamana. Tunggu info 9.30 am. Masih tak tahu bila nak bergerak. Tunggu pula info 11.30 am. Pun masih belum tahu.

Sampai kuaci pun keluar.

Lama menunggu. Jalan-jalan cari pasal. Ternampak kedai buku. Singgah dulu.
Buku-buku yang terdapat di Foyles.

Buku-buku yang terdapat di Foyles.

Buku-buku yang terdapat di Foyles.



Buku-buku yang terdapat di Loyles
Keboringan. Nasib baik ada wifi free. Itu pun sekejap ada, sekejap tak ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable