Jom Follow

Selasa, 26 Mac 2013

Lautan Salji Di Aire de Baralle, Paris

Add caption
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Tersangkut dijalan lebih 30 jam. Nasib baik hanya 1 km dengan R & R. Menapak dalam kesejukan yang menikam dan menikmati kopi panas. Aduh nikmatnya. Hanya 1 km, tapi dek kesejukan terasa jauh yang amat. Namun begitu, enjoy sepanjang menapak ke R & R. Tak habis-habsi bergambar.

 Sejuk pun posing juga. Bila lagi nak bergambar berlatarbelakangkan lautan salji. Sayup mata memandang. Seperti bumi ini penuh dengan salji putih. Kalau Malaysia, boleh tengok air banjir je, tapi taklah sesayup ini.

Sebenarnya kami tak sangka gini jadi. Ingatkan dah musim panas. Rupa-rupa sejuk lagi. Ini kepelikan. Jadi aku tak bersedia sangat dengan pakaian sejuk. Sekadar itulah. Itu yang tak boleh tahan sejuknya.

Wow! Dah sampai. Dah boleh pekena kopi. Dah boleh keluarkan bekalan yang masih berbaki. Cari roti sebagai alas perut. Kira breakfast la tu.

Dah masuk dalam. Dah hilang sikit sejuknya. Dapat pula kerusi. Wow! kemah. Mula-mula satu kerusi je kosong. Lepas tu, satu-satu orang lari @ pindah. Mungkin serabut kot. Kami bising je. Cakap pun mereka tak paham. Akhirnya semua kerusi jadi milik kami. hihihi. Kat sini apa tempat cas hp. Tak dapat kerusi, bersila pun jadilah. Lenguh berdiri.

Add caption
Add caption
Add caption
Tunggu punya tunggu. Lama gile. Lenguh duduk. Bangun. Geram tengok salji memutih. Tak redah salji, rasa rugi juga. Kat Malasyia dah memang tak merasa. Sejuk pun sejuk la. Sempat juga berposing walupun sejuk menggila. 

Setelah tergendala hampir 11 jam. 7 jam berada dalam bas. dan 3 jam berada di R & R. Bas pun boleh bergerak menuju Kota Paris. Wow! Tak sabar nak tawan Kota Paris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable