Jom Follow

Isnin, 11 Mac 2013

London Hari Pertama

Tak sangka aku boleh sampai London. Budak kampung. Dulu hadir sekadar dalam mimpi sahaja. Kini realiti, bumi London telah aku pijak. Bangganya. Walaupun bagi sesetengah orang, London dah biasa. Tapi bagi aku, cukup luar biasa boleh sampai sini.

Pagi semalam sampai. Jam 6 am. Waktu London. 

Dua jam sebelum mendarat. Melantak breakfast atas flight Vietnam Airlines. Mesti makan. Kasi penuh. Biar tahan lama. Makan tengahari tak tahu bila dan apa jenis makanan yang dihidangkan kepada delegasi Hai-O ke London. Sebab sampai nanti terus bergerak. Dah biasa sangat, ikuti trip pelancongan. X ada agenda isi tembolok lagi sehinggalah makan tengahari.

Jangan jauh. Dekat sini.
Mana-mana sahaja pasti bergambar.

Mendarat di "London Gatwick'. Airport Antarabangsa ke-2 besar di London selepas Airport Heathrow. Urusan imigresen cepat dan mudah. Stafnya mesra alam. Senyum. Tak banyak tanya. Orang pun tak ramai. Kaunter pun banyak buka.

Usai imigresen. Turun bawah. Tunggu dan ambil bagasi.

Dapat bagasi. Keluar ruang menunggu. Mesti declare makanan yang berasaskan daging terlebih dahulu. Kami bawa sambal daging. Tunjuk tu je, lepas.  Tak banyak soal.

Di ruang legar. Kami, seramai 105 delegasi diberi masa 30 minit untuk bersiap. Nak ke toilet dan tukar pakaian yang sesuai dengan cuaca di sini. Cuaca sejuk. Bagi aku sejuknya melampau. Dah biasa panas.

Sarung baju dan tukar selipar kepada kasut. hiihihihi.Tak sampai pun 5 minit.

Ketika orang lain sibuk bersiap. Aku sempat jalan-jalan sekitar airport. Carian utama, kedai buku. Tak jumpa. Tapi ada kedai yang jual majalah. Sempat beli paper. Beli paper. Sempat juga buka fb dan update fb. Laptop disediakan untuk diguna oleh orang ramai. 1 pound untuk 10 minit. 

Kami group B3. Hanya 25 orang sahaja. Kami 14 orang dan group 1 lagi 10  tambah dengan  Florence, wakil syarikat yang turut sama.

EDF Energy London Eye. Destinasi pertama. 40 minit perjalanan dari London Gatwick. Terletak ditebing Sungai Thames. Lihat Kota London. Bagai gajah naik minyak. Snap situ snap sini. Kami naik 1 kapsul saja. 30 minit 1 pusingan. Tertinggi di Europah. Tapi lebih kecil dari Singapore eye. Orang ramai. Sabtu. Tapi tak panjang sangat beratur. Mungkin awal lagi kot.
Berjalan menuju London Eye.

Nampak kat belakang Cdm Kartini tu. London Eye.

Tengah jalan pun dah banyak tempat menarik boleh dijadikan kenangan.

Dekat lagi tu. Jom cepat sikit naik. Lewat ramai orang pula.

Kami pun nak.





































Serba ringkas pasal London Eye. Dibina tahun 31 Disember 1999. Dibuka 9 Mac 2000. Pada hari cerah, kita dapat lihat sejauh 40 KM. Antara yang menarik kita boleh lihat Buckingham Palace, St Paul's Cathedral, Houses of Parliament.

 Usai. Tengok pula tayangan 4D. Pasal London Eye. Hanya 4 minit.

Lepas tu acara bergambar pun bermula. Aku masuk kedai cenderamata. Beli buku. London punya picture. Koleksi rumah buku. hihihihi

Dah dapat buku. Aku lepak. Tengok orang lalu lalang. Tengok suasana. Bukan orang tempatan. Tapi ramai orang luar. Dari bahasa yang aku dengar.

11.30 am. Bertolak ke Restoran Melur. Makan tengahari. Aku pun tak pasti kat mana. Sampai je terus melantak. Dah lapar. Kat meja kami, ada masak asam ikan je masa tu. Itu pun dah cukup bagus. Tak siap sepenuhnya. Nasinya cukup untuk 3,4 orang je. Yang lain kena tunggu dulu. Menunggu boleh tahan juga. Nasi sedang dimasak. Lapar punya pasal. Lauk jadi ganti. Daging rendang. Bila nasi sampai. Mentah pulak. Aku bedal saja. Lapar punya pasal. Nasib baik perut aku tak meragam. Perut kelas A lah katakan.

Usai makan. Nak solat kat situ. Pekerjanya cakap, bos tak bagi. Tapi dekat-dekat situ ada masjid. Jadi kami memilih untuk solat di masjid. 'London Central Mosque'.

Lega. Kewajipan telah ditunaikan.

Masjid London Central.

Jadual Solat yang terdapat di Masjid tu. Snap juga.

Serba sedikit pasal 'London Central Mosque'. Dibina 1978. Tapaknya telah didermakan oleh King George VI. Terdapat kubah keemasan dan satu menara. Terdapat kedai buku. Kafe halal.

Lepas solat kami dibawa melihat Istana Buckingham. Jenuh bergambar. Penuh dengan pelawat. Berfoto dulu. Cantik & menarik serta terjaga.

Westminster Abbey. Lokasi ke-2 sebelah petang. Foto jelah. Tengok gereja lama. Masih berfungsi. Walaupun telah dibina sejak 1040 lagi. Lama tu bro.

London Tower. Tengok luar je. Tak masuk pun. Istana lama. Struktur awal dibina sejak 1066 lagi. Dah berapa lama.

Makan malam. Holiday Villa. Msdakan malaysia. Melantak sakan.
Masuk hotel. Tidur saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger