Monday. Minggu terakhir bulan Mac 2013. Minggu closing. Minggu kritikal. Minggu sibuk kejar target. Belum qualify car fund, minggu inilah untuk pulun gile. Belum qualify bonus wawasan, minggu inilah yang tinggal. Kalau dah qualify, tahniah.
SM mesti lompat ke SSM. Ada berapa lagi yang belum cukup?
SSM mesti lompat ke DSM. Ada berapa lagi yang belum cukup?
DSM nak ke DDM. Ada berapa lagi yang belum cukup?
DDM nak ke CDM. Ada berapa lagi yang belum cukup?
Anda kena tahu dengan tepat. Senang nak buat kerja. Senang upline nak support. Senang mentor nak bakar. Jangan main agak-agak. Bila agak-agak, silap-silap tak achieve. Lagi sedih, bila sikit je yang kurang.
Minggu closing, kebetulan pula dengan cuti sekolah. Cabaran juga, cikgu cuti. Ramai juga yang ambil kesempatan bercuti bersama-sama anak-anak. Kena bijak cari plan alternatif. Kalau tak kena gaya, dok saja je. Tak ada demo. Rugi tau.
Minggu closing. Ada juga rakan niaga yang balik kampung. Kenduri kendara. Masa untuk biz, hampir tak ada langsung. Mungkin darinya tak ada volume yang keluar. Kita kena bijak, atur langkah. Kongsi panduan, balik kampung demon tak tinggal. Masih boleh biz, walaupun di kampung. BVSM dan tools biz mesti sentiasa ada bersama.
Balik kampung, jumpa sahabat. Sedara mara. Orang kampung. Orang kampung yang sama-sama berhijrah ke bandar dan tak pernah jumpa. Ketika sama-sama balik kampung nilah nak jumpa.
Kalau rakan niaga tak balik kampung. Wow! boleh pulun biz. Boleh double volume dan in shaa Allah income juga double.
Aku pun ada tugasan. Tak follow Cdm Kartini keluar demo. Kena layan anak-anak. Agar tak boring. Cuti sekolah ada juga manfaatnya.
Layan 'Bola Kampung The Movie 3D'. Boleh tahan. Menarik. Tak boring. AKu boleh ikuti sepenuhnya. Cuma, kesejukan yang amat. |
Usai tonton cerita, KFC jadi sajian. Anak-anak zaman sekarang. Nasi dah tak penting. Makan apa saja, asalkan boleh kenyang. |
Sempat lagi singgah sini. Seliparnya asyik hilang je... |
Abang beli, adik pun nak. |
Dari IOI, vroooom ke BBK. Ambil JTX1000. Kawan nak. Hantar ke Aeon Big. Ini kali ke-2. Prestasinya ok. Lebih jimat.
Kat sini kami jumpa kawan. Tak balik kampung. Anak nak SPM & PMR. Cepat kahwin. |
Balik rumah. Rehat kejap. Malam ini, vrooooom ke Damansara Damai. Prospek hari jumaat minggu lepas, nak jumpa lagi malam ini. Nak lebih yakin kot. Nak tengok bukti-bukti terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan