Jom Follow

Isnin, 25 Mac 2013

Ahad Yang Panjang.

Salam. Bertemu lagi. Harap tak ada yang termuntah. Tak ada yang pening-pening baca aku punya blog. Kalau dah berisi tu, pening-pening tu biasalah. Kalau tak pening-pening, macam tak sah.

Hari ini, lewat siki. Tak apakan, asalkan update. Sebelum tidur tu sempat, sempat follow aku punya entri. Hari-hari nak update. Kadang-kadang terlepas juga. Terlepas kerana ada hal-hal yang tak dapat aku elak. Sejak dua menjak ni, terlepas update kerana malas dah tak ada. Dah boleh kontrol. hihihihi

Semalam tak update. Why? Amboi orang putih pulak. Tak update, bukan malas. Aku, Mem & Baby balik kampung. Line tak berapa molek di kampung. 

Lagi satu Samsung aku dah tak boleh update blog. Sejak kat Paris lagi. Tak tahu kenapa. Tak tahu, rujuklah pada yang pakar. Itu yang tak update. Lagi satu sebab, jiwa kacau. Tidur tak cukup. Kami keluar KL, jam 11 pm dan tiba kampung jam 4 am. Nasib baik, mudah jenera. Dapatlah tidur 2,3 jam. Cas tenaga.

Sampai je, aku terus bagi bvsm buat Mek. Buat selimut. Agar kencing manis dan sakit-sakit & lenguh-lenguh kaki bisa hilang. Dah lama, Mek solat sambil duduk. Aku harap sangat bvsm, berikan semula kesihatan buat Mek, dengan izin Mu Ya Allah. Boleh solat berdiri. Kena tunggu dalam 2,3 hari. Baru boleh tahu.

Bandar Tanah Merah. Singgah beli bekal untuk dibawa ke KL.
Jam 9 am, bertolak ke Chuchur Puteri. Kenduri menyambut menantu. Abe Li & Kak We. Sampai situ jam 11.30 am. Terus membedal. Tak nak tunggu-tunggu. Makan saat panas-panas. Lagi nyakut. hihihi. 
Sempat jumpa & bergambar dengan Pok Sdara. Datang sebelah sana.

Sebelum sampai situ, kami singgah dulu di Tanah Merah. Beli apa-apa yang patut. Dah balik kampung. Ulam-ulam la yang beli. Nak bawa ke KL. Terutamanya lada solok. Di KL tak ada lada solok. Susah nak makan solok lada.

Tetamu agak reda. Jam 4 pm, kami beredar menuju KL. Sempat juga aku rebah belakang seketika. Cas tenaga, nak memandu menuju KL.

Sebelum sampai rumah. dua kali, Mem drive. Tak larat. Dah mengantuk sangat. Pertama di Merapoh sampai Stesen Petronas Felda Kechau. Kali ke-2, highway Karak menuju ke R & R Gombak.

Cdm Kartini drive kereta...

Menghampiri Bandar Raub. Baby ternampak papan tanda "Simpang Temerloh'. Terus dia ajak makan ikan patin masak tomyam. Mula-mula aku tak nak. Baby pujuk. Aku masih tak nak. Baby pujuk lagi. Akhirnya aku mengalah, dek sungguh-sungguh baby pujuk. Nak sangat makan ikan patin tomyam kedai rezqi tomyam. Mulanya Mem pujuk. "esok mama masak ikan patin tomyam. Mama beli kat pasar tani Shah Alam." Baby setuju tapi tak 100%. Diam seketika. Tiba-tiba baby bagi lagi syarat. " Mama masak mesti sama dengan Pok Lah Masak."

Sampai Bentong, naik semula ke Temerloh. Tak sampai 20 minit pun. Pecut habis. Dah oder siap-siap. Sampai je, terus boleh membedal. Dua ekor ikan patin. Masak tomyam. Makan sana, dan tapaw. hihihi RM 90 sahaja. Tak lah mahal sangat. Regonya masih terjangkau.

Baby & Patin Tomyam

Sampai KL. Hampir jam 12 malam. Rehat dan tidur. 

Belah pagi tak buat apa. Hanya rehat dan sesekali terjenera. Kasi cas betul-betul.  

Warung Kopi MAK JAH.

Petang baru bertenaga. Ke Giant, Putra Height. Bayar P1 dan Maxis. Dua-dua line internet. hihihihi. Singgah Kedai Mak Jah. Nasi Biryani kambing. Sedap! Capai standard. Dah lama orang dok promote kedai ini.

Usai makan. Vroooom ke Alamanda. Ada rakan niaga lama nak bayar hutang. Sampai sana, solat Zuhur. Habis je solat, Call masuk. "Abe Din, dok mana. Kita nak gi sana. Kat mana nak jumpa?" Aku tunggu dia kat tingkat atas, pintu dekat tempat main kanak-kanak. Aku suruh dia berhenti tepi jalan je. Tak payah masuk parkir ALamanda. Ramai sangat. Susah nak dapat ruang kosong.  Jumpa. Sembang sekejap. Dia belah. Aku pun hihihii.

Hasil melontar hari ini.

Masuk MPH. Cari buku. Tambah koleksi. Dah niat nak cari novel @ cerpen BM. Dapat 3 buah buku. Aiman sebuah. Kami keluar. Cari tempat lepak. Baca sambil tunggu Mem siapkan kerjanya.

Aiman & bukunya

Burger King lokasi pilihan. Baca dulu.  Dapatlah hampir 60 minit aku & Aiman dok kat situ.

Usai urusan di Alamanda. Bergerak ke Hospital Serdang. Sebelum itu, solat Asar dulu di Kompleks Kejiranan P16. Mem nak ziarah, pembantu makmal jabatan biologi yang tenak diserang kanser paru-paru. Dah pakat dengan geng-geng lama. Mem dan Aiman je masuk. Aku tunggu dalam kereta. Baca buku & tertidur.

Rupa-rupanya pesakit tu tak ada kat situ. Hospital Putrajaya. hihihihi. Mereka call. Aku tak perasan. Hp Aiman mood silent. 

Kenapa boleh tersalah hospital. Itu aku cerita lain kali.

Balik rumah. Rehat. Makan nasi ayam penyet. 


Belah malam. Kami ke Ampang. Jumpa sahabat. Bagi buah tangan dari London Paris.

Balik rumah. Update blog lagi. Sat lagi nok tidur pulok la.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger