Jom Follow

Khamis, 19 Januari 2012

Mimpi Jahat Pasal TOL


Sahabat Blog.
Sahabat biz.

Pagi khamis yang cukup ceria.
Aku juga ceria pagi ini.
Rehat cukup.
Tidur pun cukup.
Tak berjaga macam dulu-dulu lagi.
Dah pandai atur  masa kot.

Macam biasa.
Pagi-pagi hantar anak ke sekolah.
Masa drive kereta, dok pikir-pikir.
Tersenyum sorang-sorang.
Kalaulah jadi apa yang aku dok pikir2.

Alangkah seronok.
Alangkah bagus.
Alangkah baik.
Alangkah bertuah.

Hidup tanpa TOL.. 
Berapa duit TOL sehari.
Pergi dan balik kerja. Ini dah wajib.
Kecualilah naik motor.
Belum masuk lagi yang gi jalan-jalan.
Belum masuk TOL balik kampung.
TOL dari Plaza TOL Sungai Besi ke Plaza TOL Sekudai....
TOL dari Plaza TOL Jalan Duta ke Plaza TOL Jawi....

Pagi ni saja dah 4 kali bayar TOL.
Kesas = RM 2.20.
LDP = RM1.60 x 2.
PLUS = RM 1.60.

Belum tengahari lagi.
Belum malam lagi.
Entah berapa lagi RM diperlukan untuk bayar TOL.
Dah la tak boleh potong cukai pendapatan.

Terdapat hampir 30 syarikat konsesi lebuhraya kat Malaysia.

Bila mau hapus TOL.
Bila habis bayar TOL.

Sekali pikir, sampai mati kena bayar TOL.


Orang MLM, macam aku ni, tak dapat lari lagi.
Bukan sikit bayar TOL sebulan.
Kadang-kadang cecah RM600.
Kadang-kadang lebih lagi.
Tergantung kepada banyak mana appt yang dibuat.
Kadang-kadang appt sejauh Penang.
Kadang-kadang sejauh Kuantan.
Kadang-kadang sejauh JB.
Nak buat macamana, bayar tetap bayar.
Meniaga tetap meniaga.
Tak ada jalan elok pun susah juga.
Tapi kalau boleh....TOL tak usah naik lagi..Turun ok..

Mimpi aku ini, mimpi jahat bagi pengutip tol.
Mimpi aku ini, mimpi luka bagi pengutip tol.
Mimpi aku ini, mimpi menakutkan bagi pengutip tol.
Mimpi aku ini, mimpi gila bagi pengutip tol.
Mimpi aku ini, mimpi tsunami bagi pengutip tol.

Tapi bagi aku, mimpi itu terlalu syok.
Hidup KL tanpa TOL.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger