Kamarudin Mamat. |
Kamarudin Mamat.
Akademi Taipan181.
Usj 9,
Subang Jaya,
Selangor.
Aku sihat sejahtera. Aku harap anda juga dalam sejahtera. Berada dalam limpahan rahmat Allah.
Sahabat biz.
Syukur. Masih punyai semangat juang. Masih punyai strategi terkini. Masih punyai bimbingan upline. Masih punyai bimbingan akademi. Masih punyai network aktif, sedang bergerak di serata pelusuk negara. Masih punyai Otai yang sentiasa membantu. Masih punyai syarikat yang masih bertahan hingga kini, walaupun telah cecah 20 tahun berada di bumi malaysia.
Sahabat biz.
Pasang surut dunia perniagaan adalah lumrah. Jatuh bangun dalam dunia perniagaan adalah biasa. Tempuh jeram dan liku adalah keperluan untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Tapi apa yang penting, kita tetap teguh. Kita tetap buat. Kita tetap bertahan. Kita tetap bangkit. Kita tetap timbul. Kita tetap menuju ke puncak. Kita tetap bertindak. Kita share peluang dengan sesiapa sahaja.
Sahabat biz.
Penyakit MLM. Penyakit orang lama. Penyakit pangkat atas-atas. Dah habis prospek. Dah tak tahu nak share peluang dengan sape lagi. Nak bawa orang baru datang kelas, kerja paling susah. Nak setkan appt kerja paling payah. Nak ada orang baru setiap bulan cukup-cukup payah. Nak dapatkan 1 pakej direct, bagaikan mustahil. Nak jumpa upline pun malas. Menyampah dengan upline. Takut upline, tanya pasal berniaga. Jumpa kawan, malas nak cakap pasal biz yang kita dok buat. Jumpa downline pun macam tak seronok. Kalau jumpa pun, cakap bukan lagi pasal syoknya biz. Cakap bukan lagi pasal masa depan yang cerah. Cakap pun lebih kepada kisah negatif. Cakap pun bukan lagi impian-impian yang nak sangat-sangat dicapai. Gi kelas pun, cukup sekadar gi. Tak sungguh-sungguh.
Sahabat biz.
Terlalu susah nak dapatkan appt. Kadang-kadang tak tahu nak gi mana. Dah tak ada idea. Kadang-kadang duk melangut kat kedai mamak. Kadang-kadang drive kereta tanpa ada destinasi nak tuju. Kadang-kadang berkurung kat rumah. Kadang-kadang pakai cantik, tapi tak tahu nak gi mana.
Sahabat biz.
Kenapa dulu boleh. Kenapa awal-awal join, ramai prospek nak jumpa. Senarai nama, panjang berjela. Kalau jumpa 3,4 orang sehari, entah bila mahu habis. Sentiasa ada je, prospek datang kelas. Sentiasa ada je masa jumpa upline. Sentiasa je ada soalan yang perlu ditanya pada upline. Sentiasa tertunggu-tunggu, bila upline free. Nak jumpa dan sembang pasal biz. Jumpa kawan, sembang biz. Cakap pasal masa depan. Cakap pasal keindahan hidup masa depan. Cakap pasal impian-impian hidup.
Sahabat biz.
Jom ayuh tukar. Jadi seperti dulu. Jadi seperti awal-awal biz. Jadi seperti belum ada apa-apa pangkat. Jadi sebelum SM pun. Jadi seperti baru sehari sign up. Buat semula senarai nama. Buat call, setkan appt. Jumpa kawan, cakap pasal syoknya biz. Jumpa rakan niaga cakap pasal biz. Pasal impian. Pasal masa depan. Kerap jumpa upline, minta strategi. Minta semangat. Minta kata-kata nasihat. Minta suntikan motivasi. Call upline seperti dulu-dulu. Dalam sehari 4,5 kali. Sembang pasal biz. Tertunggu-tunggu kelas, nak bawa prospek. Kalau tak bawa prospek, boleh jumpa kawan-kawan sebiz. Boleh sembang-sembang syoknya biz. Sembang pasal masa depan yang cerah, secerah mentari.
Sahabat biz.
Habiskan banyak masa dengan rakan-rakan niaga. Bila bersama-sama rakan niaga, cakap kita lebih positif. Kita jadi lebih positif. Kita jadi lebih bersemangat. Kita jadi lebih ghairah. Kita jadi lebih ceria. Kalau kita habiskan banyak masa dengan orang-orang negatif. Sedikit demi sedikit kita akan jadi orang negatif. Kita jadi malas. Kita jadi selesa dengan kehidupan biasa kita. Kita nampak, susahnya biz ini. Kita nampak, biz bukan untuk kita. Ayoh! tukar kawan. Cari kawan positif. Cari kawan boleh suntik semangat juang kita.
Cakap-cakap kita juga penting. Cakap hanya yang positif. Fikir hanya yang positif. Mimpi pun yang positif. Senyum pun senyum positif.
Sahabat Biz.
2012. Tahun positif. Cakap-cakap rakan niaga kembali positif. Sembang-sembang rakan niaga, sembang positif. SMS rakan niaga, SMS positif. FB pun post status pun post yang positif.
Mengeluh dah tak ada. Merungut dah tamat. Muka masam dah habis. Kembali ceria. Marah-marah dah habis. Menyalahkan orang lain dah tak ada.
Semakin ligat. Semakin sibuk. Semakin ghairah. Semakin positif. Sales mula naik. Volume mula meningkat, seiring dengan semangat. Rakan niaga baru, kian bertambah. Prospek mula ramai. Appt mula menjadi-jadi. Jadual mula penuh. CBEG dah berkurang dengan ketara. Hubungan upline-downline kembali ceria. Hubungan antara sideline kembali harmoni. Tak ada lagi, cakap-cakap negatif pasal sideline. Tak ada lagi, cemburu dan sakit hati dengan gerak kerja sideline. Masing-masing sibuk dengan biz. Masing-masing sibuk dengan rakan niaga sendiri. Masing-masing sibuk penuhi hari-hari dengan appt. Sekejap utara, sekejap selatan. Nak jumpa pun susah. Hanya SMS dan call je. Bukan 1 x sehari, tapi dah sampai 5,6 kali sehari. Tanya itu, tanya ini. Kadang-kadang saja nak repot pada upline, aku sedang bekerja. Aku sedang kembang biz.
Sahabat biz.
Masalah semakin kurang. Bila masing-masing sibuk bekerja. Bila gossip tak berlaku. Sakit hati, iri hati dah berkubur, bila masing-masing ligat bekerja.
Syukur. Jalan di depan semakin rata dan landai. Pergerakan semakin mudah. Pergerakan semakin lancar. Pergerakan tanpa banyak halangan. Halangan yang ada, hanya dari dalam diri sahaja.
Sekian dulu, harap ketemu lagi. Dalam warkah yang lain pulak. Kemaafan dipinta andai surat ini menggangu ketenteraman anda semua. Sesungguhnya tak ada niat lain, tujuan surat ini diutuskan. Semata-mata untuk kita dapat manfaatnya. Iaitu biz kita semakin besar. Biz kita semakin lebih marak lagi.
Terima kasih, sudi membacanya.
Kamarudin Mamat.
Sekian dulu, harap ketemu lagi. Dalam warkah yang lain pulak. Kemaafan dipinta andai surat ini menggangu ketenteraman anda semua. Sesungguhnya tak ada niat lain, tujuan surat ini diutuskan. Semata-mata untuk kita dapat manfaatnya. Iaitu biz kita semakin besar. Biz kita semakin lebih marak lagi.
Terima kasih, sudi membacanya.
Kamarudin Mamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan