Jom Follow

Rabu, 4 Januari 2012

JTX 800..Broooom.

Hai-O JTX 800 jadi pilihan. Sesuai dan bisa jimat petrol. Laris sakan. Kat stokis habis. Tunggu stok baru. Minyak enjin pilihan rakyat Malaysia. Panas! Memang panas.

Tak sampai 40 minit siap. Bengkel kat rumah je. Kereta tak banyak. Kalau pandai, buat sendiri pun boleh, tapi aku tak reti benda-benda ini. Upah semalam pun RM30 je. Kira ok pun. Kereta buat hantar anak sekolah. Kereta gi pasar. Kereta pusing-pusing sekitar Puchong.
Aku pun pelik. Dari mana buku ini. Ada orang sengaja letak. Ada orang tertinggal ke. Aku jumpa kat bengkel. Selalu kat bengkel mana ada buku. Kalau ada pun surat khabar berbahasa Cina sahaja. Itu pun aku buka. Tengok gambar sajalah. buku ni lagi la aku baca. Ambil yang terpenting. Nasihat Otai. Biz abad 21 ni adalah MLM. Biz yang dibimbing sepenuhnya. Biz paling adil. Tak kira siapa kita, pendidikan tak kisah asalkan rajin. Kita bakal jadi jutawan.
Tahun 2012.
Tahun pilihanraya ke-13
(mungkin)
Tahun segalanya naik.
Gaji naik, barangan pun naik.
Ini sudah pasti. Breakfast naik. Lunch naik. 
Barangan naik, tapi nasib baik ada kedai 1Malaysia.
Kualiti pulak sikit kurang, tak apa asalkan cukup makan pakai.

Ramai stress, naik darah dan kurang ceria.
Rehat tak cukup, tidur tak cukup, santai dengan keluarga tak banyak masa.
Balik kampung pun tak boleh selalu. Hobi dah kurang.
Kerja cari duit lebih penting. Makan pakai anak-anak lagi penting.
Pendidikan anak-anak lagi penting. Tuisyen anak-anak wajib.
Kalau tak, alasan tak cemerlang.

Tahun sibuk, kejar duit untuk tampung gaji.
Kerja part time atau apa-apa saja yang boleh tambah duit.
Balik kerja,kerja lagi. Kalau ada OT ok.
Kalau tak ada,kena kerja lain.
Tak nak kerja,boleh berniaga.
Nak berniaga apa?
Terpulang.

Makin ramai buka gerai nasi lemak.
Kawasan Taman Bukit Kinrara dah ada 2 gerai baru.
Makin ramai buka gerai jual burger.
Makin ramai buka gerai, jual air kelapa.
Makin ramai buka gerai jual pau.
Makin ramai buka gerai jual goreng pisang.
Makin ramai buka gerai jual buah-buah.
Ada juga yang jual nasi bungkus, untuk letak kat kedai2 makan.
Cari duit lebih dan nak tampung duit yang kurang.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger