Sahabat blog.
Sahabat biz.
makan lagi.
melantak lagi.
isi perut lagi.
ggemukan body.
Cdm Fazlan yang bawa.
aku ikut saja.
asalkan sedap kataku.
Nun jauh di Pantai Cahaya Bulan.
dari pasir putih menuju ke destinasi tersebut lebih sejam.
memang berbaloi-baloi.
Sento Seafood Corner
Sebelah Perdana Resort
Lot 16, Kg Semut Api,
Pantai Cahaya Bulan,
15350, Kota Bahru Kelantan.
No tel 019- 9531335
Kepoh. Ini pun sedap. Aku makan sampai licin.kuah tu pun licin. |
Cdm Fazlan pelanggan tetapnya. Salesman Cina dari KL yang perkenalkan kedai ini padanya. Sejak itu mesti datang sini, setiap kali teringin nak makan belut. |
Siam Wakaf Baru.
Siam kampung.
Masak beluk dari tahun 60-an lagi.
Buka kedai awal 90-an.
Kerja dengan isteri dan 2 anak buahnya.
itu yang lambat.
kita datang, order belut.
baru dia sian belut tersebut.
lambat pun customer sanggup tunggu.
ada yang bawa kuaci, kacang dan sebagainya.
air minum pun tak banyak pilihan.
air kelapa, air tin dan mineral sahaja.
nasi pun masak dapur arang.
itu yang sedap.
Customernya pelbagai bangsa.
Melayu, Cina, thailand.
belut masak pat pet pilihan ramai.
kebanyakan yang datang sini geng-geng peniaga.
tutup kedai baru mereka datang makan.
Bekalan belut. 150kg. belut baruh. belut cari, bukan bela. Stoknya mesti banyak. 1 malam paling sikit perlukan 20kg. |
Belut!!!banyak tu... |
Malam sambutan tahun baru.
kat sini kena layan tv siam.
Kali ke-2 pada 2/1/2012.
Nak balik semalam pun,
teringin sangat-sangat nak makan belut lagi.
tapi kedainya buka jam 7 malam.
tak sanggup nak tunggu,
lagi pun pagi ini kena hantar baby ke sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan