Jom Follow

Ahad, 29 Januari 2012

"OOOO! MLM"


"kau kerja apa sekarang?"
terdiam seketika.
tak tahu, jawaban yang terbaik.
"ada la"
"kerja sendiri"
"meniaga ke?"
"meniaga apa?"
"apa-apa yang boleh buat duit."

Pernah alami situasi begini.
Nak jawab terus, meniaga MLM.
Macam tak sanggup.
Kenapa?
Entah aku pun tak tahu.
Macam ada benda je terlekat kat tengkok ini.
Macam tak nak keluar.
Lebih-lebih lagi bila ditempat ramai.

"ooooh MLM."
Macam nak tutup je perbualan seterusnya.
Mungkin takut diajak/didesak untuk join.

Seolah-olah tak ada standard je meniaga MLM.
Macam tak ada kelas je jadi usahawan MLM.
Macam bukan satu perniagaan je MLM.

Susah nak ubah minda orang kita.
Padahal aku sendiri dah lama terlibat dengan dunia MLM.
Masih terkedu juga bila ditanya "buat apa sekarang."
Apatah lagi orang baru....
Salah jawab, bisa down dipandang sinis rakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable