Benih yang aku semai.
Dah mulai tumbuh.
Perlu aku jagai, bajai, agar ianya tumbuh membesar,
setinggi awan.
Baja yang terbaik aku akan bagi.
Segala musuh akan dihapuskan,
agar engkau tumbuh subur, sesuburnya.
Tak mengalah dengan cuaca panas, tak musnah dek kesejukan.
Tak gentar dengan tangan-tangan jahat, yang ingin memusnahkan engkau.
Sayap yang aku tunggu,
dah tumbuh dan bisa digunakan untuk terbang mencecah langit.
Manfaatlah sayap yang tumbuh, jangan cepat mengalah dengan cabaran.
Jangan cepat melatah dengan karenah, burung asing yang mencabar kamu,
semasa terbang menuju langit.
Jom Warga Akademi Taipan181, indahnya alam kalau dilihat dari atas.
Daun gugur, tinggalkan ranting.
Mula berpucuk kembali.
Dahan patah, dah tumbuh yang baru,
Lagi power kukuhnya. Lagi seimbang kekuatannya.
Usah malu dengan dahan yang baru.
Usah gentar dengan tangan-tangan asing yang cuba menganas.
Ingatlah dahan tersebut terjaga kukuh oleh kami Akademi Taipan181.
Sejuk dah mula panas.
Ais dah mencair.
Air dah mula mendidih.
Sikit dah jadi ramai.
Kecil dah jadi besar.
Kecut dah kembang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan