Jom Follow

Selasa, 24 Januari 2012

Fulamak Sup.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Wow! pagi-pagi dah update blog.
Dah 'gile' sangat ke.
Dah tak leh tunggu esok ke.

wow!
bukan apa.
Jam 3 aku terpaksa ke Klinik Selva.
Nasib baik buka, tak cuti pun raya Cina.
Inject kaki aku yang kian sakit.
Tak sanggup tunggu esok.
Makin tak boleh jalan.
Itulah akibatnya, tak jaga makan.
Main belasah je.

Lepas tu aku ke Sungai Besi.
Makan mee sup, di Fulamak Sup.
Aku pilih sup ayam malam ini.
Dah lama, teringat nak ke sini.
Pagi ini, ada kesempatan.
Pemilik Fulamak Sup sekarang. Anak muda yang berani berniaga. Anak muda yang berani ambil risiko. Positif, biznya pasti kembali seperti dulu-dulu. Pelanggan sentiasa penuh. Dari matanya aku dapat rasa, Fulamak Sup bakal kembali meriah. Tunggu sikit masa lagi. Fulamak Sup buka 24 jam. Rasanya tetap sama. Dulu-dulu rasa gitu, pagi tadi pun rasa gitu. Kualiti tetap sama.

Sempat juga sembang dengan tokey kedai.
Dia dah beli dari tokey asal.
tokey asal menetap kat Pulau Langkawi.
Beli biz, lebih kurang RM30K.
Dia beli sekitar 2 tahun lepas.
Sedikit merosot jualannya.
Sedang bangkit kembali.
Masa top dulu, ayam sampai 70-80 ekor sehari.
Kini nak habis 20 ekor pun susah.
Tapi masih boleh bertahan.
Sedang usaha naikkan sales.
Tak jemu berikhtiar.
Tak jemu doa.

Saingan kian sengit.
Dari peniaga sup lain.
Dari peniaga makanan lain.
Sape yang bagi servis terbaik saja yang mampu bertahan.
Sape yang bagi kualiti terbaik yang mampu tarik pelanggang.

Pagi-pagi pun masih berselera. Ini jam 3.50 pagi. Sup masih berasap lagi tu. Fulamak Sup memang power. Fulamak Sup memang kaw. Rugi siapa yang tak cuba. Jom ke Fulamak Sup. Pekena mee sup ayam@sup daging@sup campur.
Pekena kopi pra campuran mahkota dewa.
Bukan belum tidur.
Tapi dah bangun.
Tidur awal, sebelum jam 11 dah hanyut.
Terjaga jam 2 lebih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger