Jom Follow

Jumaat, 20 Januari 2012

CDM; Aku kerdil tanpa anda.

Terima Kasih hadir semalam.
 
Sesungguhnya kita saling perlu memerlukan.
Tak ada orang kecil dan tak ada orang besar.
Tak ada, yang tak pernah buat salah.
Tak ada yang sempurna. 
Semua orang masih sayang Akademi Taipan181.
Kelas BOP perlukan sedikit pembaharuan agar lebih menarik dan tertarik.
Kemeriahan kelas BOP, mesti dipertingkatkan lagi. 
Agar prospek datang teruja dan buat keputusan untuk join.
Terlalu banyak gossip, tak membantu kembangkan perniagaan kita.
Tak membantu kukuhkan network kita.
Tak membantu melebar dan mendalam network kita.
Teman sejati, memang sukar nak dicari tapi tak mustahil untuk ditemui. Teman sejati sama-sama susah,sama-sama senang. Teman sejati, salah ditegur, bukan dijaja. Teman sejati, baik diikuti.


Pertemuan semalam, menyentuh perasaan. Pertemuan semalam, membulatkan tekad untuk lebih berjaya bersama. Pertemuan semalam, mempertajamkan keinginan dan bergerak dalam satu jemaah yang kukuh bersatu pada hakikatnya dan bukan pada katanya sahaja.

Sesi luahan rasa yang terbuku dihati. Bukan apa, semakin lama bersama, mungkin ada yang salah cakap. mungkin ada yang salah dengar. mungkin ada yang salah tafsir. mungkin ada yang salah sebar.

Semuanya serius. Ubah yang patut ubah. Baiki yang patut baiki. Perkemas yang patut diperkemas. Demi sebuah kehidupan yang gemilang. Demi sebuah kehidupan yang kita impikan.

Menuju kejayaan bersama. Selagi ada tembok penghalang, selagi itulah kita tak berjaya.

Semuanya bersedia untuk berubah. Semuanya sedia nak kekal berjuang bersama. Semuanya sayang Akademi Taipan181. Semuanya sedia berjuang kembali. Semuanya sedia meyumbang tenaga. Semunya sedia maaf memaaf antara kita, andai ada yang tak puas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger