Jom Follow

Rabu, 18 Januari 2012

Kelas: Pentingnya Aku.


Macam biasa.
Selasa malam.
Kelas BOP Akademi Taipan181.
Berterusan ada sejak lebih 7 tahun lalu.
Syukur semalam pun masih ada.
Kelas BOP yang tak basi-basi.
Kadang kala ramai,
kadangkala tak ramai.
Itu dah biasa, adat kehidupan.
Kurang-kurang pun cecah 50-80 orang juga, 
setiap kali kelas berjalan.

Ada juga yang nak cepat. Ada urusan lain. Tak boleh tinggal anak lama-lama. Nak balik cepat, lepas kerja terus datang sini. Kelas berjalan serentak dengan convince kat stokis.

Sempat lagi tu fitting PB pada customer. bukan setakat fitting saja, tapi penuh nasihat dan pesanan nampak kepakaran leader-leader Akademi Taipan181, ilmu pasal produk PB. wow! limau!,

CDM Rozana bersama seorang prospeknya semalam. Dengar-dengar macam dah close. kalau betul syukur. bertambah seorang lagi warga Akademi Taipan181. sesungguhnya anda tak akan disia-siakan. Anda akan dijayakan sehingga betuk-betul berjaya dan capai kebebasan kewangan dan kebebasan masa. ikut saja, jalan yang telah dirintis oleh para leader.

Ralit. Apa yang dok tengok. menarik sangat ke? nak terbang tinggi guna it ke. tahniah. ada skill baru. CDM Inda, CDM Aida, DDM Azizi.
Jom 
datang kelas.
Jangan fikir tak ada prospek, kita tak perlu datang kelas.
Jangan fikir kita tak ada rakan kongsi yang pergi, kita tak perlu pergi kelas.
Jadi kita rasa kelas tak penting bagi kita. Kita tak penting bagi kelas.

Jom ubah.
Kita semua penting. Kita mesti datang kelas. Kalau mahu berjaya.
Mungkin sideline bawa prospek.
Mereka memerlukan kita untuk sama-sama hidupkan suasana
serta meramaikan kelas.
Prospek akan teruja bila lihat kelas kita hidup suasana.
Tak ada masalah untuk join Akademi Taipan181.

Mana tahu suatu hari nanti, kita pulak bawa prospek.
Kita juga mengharapkan prospek yang kita bawa teruja dan join,
setelah datang kelas
Tapi andaikata semasa kita bawa prospek tu, kehadiran kelas ciput.
tak mengujakan. akhirnya prospek yang kita bawa tak jadi nak join.
tentu kita kecewa. dah bawa prospek tapi kelas sepi suasananya.
ketika inilah kita memerlukan support dari sideline pulak.
sideline datang kelas, hidupkan dan meramaikan kelas.

Oleh itu jangan pikir tak ada prospek tak perlu datang kelas.
pikirkan sideline yang bawa prospek, mereka memerlukan kita.
sama juga bila kita ada prospek, kita harapkan sideline meramaikan kelas.
sama-sama penting. sama-sama perlu memerlukan.
seperti aur dengan tebing.
usah rasa meniaga ini tak memerlukan sideline.

PENTINGNYA AKU DATANG KELAS.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger