Bahana awal tahun.
sibuk yang amat.
terutamanya cikgu-cikgu.
aku pernah alami kesibukan awal tahun.
sibuk nak isi apa-apa yang patut dalam buku persediaan mengajar.
kena lengkap dalam masa 2 minggu.
masing-masing sibuk mengisi.
masing-masing sibuk menampal.
masing-masing sibuk melakar.
kalau tak siap, kena dengan guru kanan bidang.
lepas tu, kena dengan PK1.
Aku jenis yang tak kisah.
bagi aku senang je. mengajar mesti ok.
lain-lain ok juga, tapi tak sepenting mengajar.
isi cantik2 pun buku persediaan mengajar.
kalau jenis tak masuk kelas, tak ada gunanya.
kadang-kadang terpikir juga aku.
kenapalah orang tak jual buku persediaan mengajar.
tak payah nak tulis, apa nak mengajar esoknya.
kalau jenis yang buat tiap2 hari ok.
ramai yang suka tulis hari jumaat.
kelam kabut, lebih2 lagi bila jadual penuh hari itu.
mulalah suruh pelajar buat latihan, cikgu boleh tulis persediaan mengajar.
payah sangat salin yang tahun lepas punya...
sebab hari itu kena hantar kat opis.
PK1 nak semak.
jenis yang rajin, ada.
aku tak nafikan. tapi ramai yang panas sekejap sahaja.
1 bulan je, buat ok.
lepas tu, dah tak ok balik.
lagi teruk ada juga yang tak hantar langsung buku untuk semakan PK1.
ada juga kes.
cikgu mengajar tak ikut option.
main bagi je. cikgu mengajar pun tak semangat.
mengajar ikut buku teks sajalah.
Lebih-lebih lagi cikgu PJ.
Mesti mengajar juga. Bagilah BM ke, Sejarah ke.
Free banyak sangat. Kot2 cikgu tidur.
Dapatkah mengajar dengan baik subjek bukan option?
Aku ada kawan. Option PJ.
Selain mengajar PJ, kena mengajar juga subjek Sejarah.
Asyik dok merungut jelah. Bukan option.
Mengajar pun tak sepenuh hati.
Mengajar dengan tawar hati.
Tadi pun aku jumpa.
Menjagar PJ, kena mengajar pula BM.
Mudah kot, sebab tu bagi BM.
Itu sebabnya BM tak cemerlang. Cikgu mana2 je bagi mengajar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan