Journey 2 Success 2.
Semalam aku ke Safira Club.
Syukur pada Allah bagi kesempatan dan kekuatan untuk ke sana.
Kongsi sesuatu dan kutip sesuatu dari Safira Club.
Kongsi secubit pengalaman dan kutip ilmu serta semangat.
Aku ke sana jam 5 pagi.
Sampai kembali ke mahligai jam 7.50 petang.
Wow! lebih 12 jam berada di luar rumah.
lebih 12 jam berada dalam aura kemenangan.
Sorang-sorang pandu kereta.
|
Cdm Ayu; Sentiasa kreatif mencari strategi melebarkan sayap perniagaannya. Kreatif untuk dalamkan lagi empayar perniagaannya. |
|
Antara mereka yang hadir JTS2. Cuti pun sanggup datang demi ilmu. Ilmu akan bawa mereka keluar dari zone kemiskinan. Ilmu akan bawa mereka ke zone kejayaan dan kekayaan. Cepat atau lambat sahaja. Sampai sudah pasti. |
|
Serius kutip ilmu. Lepas ini, lakukan tindakan. Kutip hasil. Berbaloi-baloi. |
|
Wow! IT mula melanda warga AKademi Taipan181. Sedikit lambat, tak apa. Impaknya semakin jelas. Rugi kiranya, pandang sebelah mata terhadap dunia IT. Kerja lebih mudah, kerja lebih senang. Tapi jangan lupa, kerja turun padang tetap penting. |
|
Farah; Perkongsian menarik serta mengujakan. Pemakaian PB memberi sinar baru dalam kehidupannya. Apa sinar tu, kena tanya dia sendiri. Pasti terkejut dengar kehebatan PB. |
|
Cdm Faridah Mohd Ali. Penyuntik motivasi. Berkongsi pengalaman, jatuh bangun membina empayar perniagaan bersama Akademi Taipan181. Apa yang dikongsi sewajarnya diambil serius. Tindakan juga paling penting, selepas hadiri JTS. |
|
Cdm Fitri; Antara penyumbang tenaga untuk menjayakan program semalam. Kejayaan rakan niaga, keutamaan Akademi Taipan181. Bertindak sebagai MC. Bakar dan terus bakar. Sekarang ini hanyalah tunggu tindakan yang sepatutnya sahaja. |
|
Sejam juga cakap semalam. Harap2 apa yang aku kongsikan semalam memberi impak. Ambil mana yang boleh. Tak boleh buang dalam tong sampah. Aku sebenarnya susah nak cakap kat depan. Banyak isi yang hilang. Lainlah kalau sembang2 biasa. Lebih berbisa sikit. hi!hi!hi!. |
|
Lepas program. Lunch kat Din Ikan Bakar. Aku ajak mereka ke sana, sebab nak makan sup daging. Teringat-ingat sup daging. Sedap. Lembut. Sekali kena, nak lagi. Itu yang aku ke sana semalam. Sempat juga berdiskusi dengan Cdm2. |
Aku pasti akan ada lagi JTS yang seterusnya.
Mungkin setiap bulan, dengan fokus yang berbeza setiap bulan.
Cdm yang buat perkongsian juga berbeza.
Ini hanya cadangan sahaja.
Paling penting kesan selepas JTS.
Bekerja lebih bersemangat.
Jumpa prospek dengan penuh yakin.
Kelas semakin bertambah. Kelas semakin meriah.
Jangan sia-siakan peluang depan mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan