Jom Follow

Rabu, 18 Januari 2012

Bank Perketat Lulus Pinjaman


PERSATUAN Pengedar Proton Edar (Peda) mengjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang sukar membabitkan jualan keseluruhan Proton berikutan institusi perbankan memperketatkan kadar kelulusan bagi pembeli kenderaan itu.

Presidennya, Armin Baniaz Pahami berkata, jaringan wakil Peda kini berdepan kadar penolakan serius dengan kebanyakan bank enggan menerima permohonan belian daripada pelanggan yang tidak mempunyai gaji purata bulanan RM1,800 ke atas.

"Lebih 70% daripada permohonan belian ditolak. Malah, graduan yang baru tamat pengajian dan mempunyai pendapatan purata RM2,000 sebulan turut dikehendaki mengemukakan penjamin untuk membuat pembelian.

"Situasi ini tentunya akan memberi impak besar terhadap jualan kenderaan Proton bagi tahun ini," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas pengambilalihan 42.74% kepentingan dalam Proton Holding Bhd oleh DRB-Hicom Bhd, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan polisi dalaman kerana ia akan menjejaskan wakil penjual secara langsung.

"Kami mengerti dengan keperluan Proton untuk mendapatkan suntikan modal baru bagi membolehkannya lebih kompetitif," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger