Jom Follow

Jumaat, 27 Januari 2012

Medium Baru.

Sahabat blog.
Sahabat biz.

3 hari pulun baru habis. termotivasi. teruja.

Masih belum tidur. Masih segar bugar. Masih panas. Terbakar dek kelas malam tadi. Berkira-kira nak buat blog. Nak cuba cara baru pulak. Nak cari prospek melalui dunia blog. Tambah kaedah cari prospek pulak. 

Aku pun baru sampai rumah. Ke kelas, tapi pulun sakan, habiskan buku. Semalam aku baca, sampailah jam 10 malam. Itu sebabnya aku dok kat kedai cina muslim al-munawarah. Mesti habiskan juga. Dah ada buku lain yang sedang menanti untuk aku.
Sabar menanti roti kosong. dok fikir-fikir nak berblog juga. tapi kena ambil kelas secara formal. tak boleh main-main lagi. tak belajar, kelak ketinggalan pulak. tak ada blog, macam tak sah sekarang. dah ramai rakan niaga, kembang biz melalui blog. Sebagai Ibu, mana boleh tengok, anak-anak saja punyai blog. Ibu juga mesti ada blog. Tapi tunggu!!!

Habis kelas. Apa lagi. Cari makan. Drive sampai Sri Serdang. Makan roti canai kat restoran maulana. Dah lama tak sampai situ. Orang tak penuh sangat. Pelajar UPM cuti. Itu yang lengang sikit. Mudah dapat meja. Order makan pun tak lama tunggu.

IT kuasai dunia. Dah ramai yang berjaya dengan hanya berniaga secara online. Berniaga dari rumah. Tak payah sewa opis. Tak payah tempuhi kesesakan lalulintas. Tak payah bayar tol. Tak payah bayar parking. Sambil jaga anak, boleh berniaga. Ada yang dah jadikan kerjaya sepenuh masa. Ada yang dah jadi jutawan. Pasaran terlalu luas. Satu dunia, customer kita. Bukan setakat Malaysia sahaja. Bayangkan berapa ramai customer.

Akademi Taipan181. Mula promote guna medium ini. Medium ini sebagai salah satu cara kembangkan biz. Mungkin mula-mula tu susah sikit. blog kita belum popular lagi. belum ramai orang lawat lagi. blog kita biasa-biasa saja. Tapi untuk jangka masa panjang ianya akan menjadi-jadi. Insyaalah. Sama-sama kita doakan agar biz kita mampu berkembang biak melalui medium ini.

Tak ada blog. Buta IT. Tak reti. Tak apa. Masih lagi boleh berniaga. Masih boleh cari makan. Kita guna cara kaedah-kaedah lain. Jangan rasa rendah diri. Sama-sama kita belajar. Belajar sikit-sikit, lama-lama mahir juga. Cuma jangan tinggal langsung saja. Tak tahu, tanya yang tahu. Tanya anak pun boleh. Budak-budak zaman sekarang semakin celik IT.

Guna blog. Mesti cite pakej juga. Mesti masuk dengan SM. Mesti RM20K juga. Mesti 10 set PB juga. Mesti dapat RM4K juga bulan pertama. Barang tu pun jual melalui blog juga. Kita jumpa prospek pun, mereka dah tahu apa yang mereka kena buat. Tak lagi, sembunyi-sembunyi. sebab kat blog dah jelas. apa meniaga yang kita buat. apa yang telah kita dapat hasil dari perniagaan ini. apa yang kita akan dapat hasil dari perniagaan ini. berapa modal yang perlu. berapa ramai network perlu jaga. semuanya telah jelas kat blog. 

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger