Bertemu lagi. Sebelum aku melabuhkan mata sekejap lagi. Aku nak siapkan journal perjalanan aku tempoh hari.
Kami ke Thailand selama 5 hari. Bermula 1/4-5/4 2013. Hari Isnin hingga Jumaat. Perjalanan yang tidak dirancang. Cuma kami pernah merancang nak ke Bangkok pada 1/2/2013. Tapi disebabkan Hari Bio Velocity jatuh pada 2/2/2013. Hasrat tersebut kami pendam seketika. Hasrat tetap ada, tetapi tak tahu bila akan terlaksana.
Hari Isnin. Agenda kami ke Bertam. Jumpa Phang oo Lang dan ambil ubat. Aku rasa tak sedap badan je sejak akhir-akhir ini. Mungkin gula dalam darah tinggi. Jadi lepas hantar Baby ke sekolah, kami bergerak ke utara. Dah alang-alang ke utara, ada baiknya kami terus ke Bangkok. Bincang-bincang kami setuju.
Kami sampai Padang Besar sekitar jam 4 pm. Tukar duit. Ada kereta sapu. Setuju hantar kami ke Hatyai. Tambang yang dikenakan RM 150. Kami setuju je. Sebab tak tahu, berapa jauh dan tambang sepatutnya. Kereta, kami tinggal kat Cdm Che Mat.
Kami sampai di stesen kereta api Hatyai. 5.50 pm. Bergegas cari tiket. Nasib baik ada dan train akan bertolak dari Hatyai jam 6.45 pm. Syukur. Kalau tak ada, kami akan bermalam dulu di Hatyai dan esoknya bertolak ke Bangkok. Kami tak tahu pun jadual train Thailand.
Dapat tiket. Kena isi perut dulu. Tak tahu, macamana atas keretapi nanti. Untuk selamat cari makan dulu. Sekitar stesen ada kedai muslim tapi dah tutup. Panik juga. Nasib baik ada motor pasenger. Setuju bawa kami, cari kedai makan muslim. Kami berlumba dengan masa. Masa semakin suntuk Masa motor bawa kami tadi pun dah jam 6.10 pm. Nak cari kedai lagi. Bukan dekat pun.
Kami beli pulut ayam dan nasi khoumbok je. Nak cepat. Masa dah tak banyak. Kami patah balik ke stesen. Jam 6.30 pm. Train dah ada di platform. Panik juga. Cari coach 5. Tak jumpa. Sampai hujung. Coach 1. Patah balik. Cari dengan tenang. Ada pun. Tadi kami terlepas pandang.
Naik coach. Mana katil. Ikut tiket, satu katil atas dan satu katil bawah. hanya kerusi yang ada. Mengadap antara satu sama lain. Kalau KTM, memang dah ada katil. Kami buat-buat biasa. Duduk dengan rilek. Tak payah kecoh-kecoh. Orang lain tak sibuk-sibuk pun. Duduk di tempat masing-masing.
Dah lama tahan kencing. Cari tandas. Pada mulanya aku cari toilet kat bawah. Sampai-sampai, kena bayar. Aku tak bawa duit bhat. Jadi tertangguh hasrat nak kencing. Naik semula coach. Salah seorang petugas yang selisih dengan aku. Dia suruh kencing kat toilet coach.
Aku ikut saranannya. Ternyata toiletnya bagus. Bersih. Boleh mandi. Train bergerak tepat jam 6.45 pm. Duduk melangut je la. Nak tengok kat luar dah gelap. Tak nampak apa satu.
Tak lama lepas tu. Petugas keretapi mulakan kerja. tukar kerusi menjadi katil. Owwww! Baru aku tahu. Satu persatu dia akan buat sehingga coach kami semuanya menjadi katil dan tak ada lagi kerusi. Rupa-rupanya setiap coach ada seorang petugas. Setiap coach ada sink. Ada paip. Lengkap kemudahannya.
Aku kena katil atas. Cdm Kartini katil bawah. Malas nak panjat. Katil atas tak ada tingkap. Jadi aku dok kat bawah juga. Katilnya besar. Muat untuk 2 orang dewasa. Baring-baring sampai tertidur. Sesekali bangun ke toilet. Ada juga kami ke kantin. Minum kopi je la. Lain-lain tak halal. Kantin punbersih dan besar. Makan ke oder. Tak jaja di coach. Tapi jam 11.30 pm, tutup.
Tidur. Bangun. Sembang. Baca buku. Baca majalah. Tidur lagi. Bangun lagi. Tak sampai-sampai.
Sambung lagi tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan