Jom Follow

Sabtu, 6 April 2013

Hari Terakhir Di Bumi Thailand: Hatyai

Selamat pagi. Dah lama juga aku tak muncul di ruang siber ni. Bukan apa, aku berkelana ke luar negara bersama isteri. Tak jauh. Negara jiran je. Thailand. Semalam baru kembali ke Malaysia. Dan pagi ini, boleh beraksi seperti biasa. 

Ada yang rindu tak? Ada yang termimpi-mimpi tak? Ada yang tertunggu-tunggu tak? Ada yang berulang kali singgah, mencari cerita baru dan terkini. Itu semua ayat-ayat perasan. Setakat blog macam aku ni, mana ada yang tertunggu-tunggu. Tak payah perasan lebih-lebih. Baik aku buat kerja aku. Pelayar alam siber dengan dunianya. Singgah sini, Alhamdullilah. Tak singgah pun tak dapat apa-apa musibah. Paling penting aku mesti istiqamah menulis. Tulis sejarah hidup. Berguna dikemudian hari.

Bukan aku tak nak update blog guna Samsung Galaxy Note. Tapi tak boleh nak post. Dah banyak kali buat sebelum-sebelum ini. Asyik tak dapat je. Itu yang aku malas. Tulis panjang-panjang, bila post tak dapat. Ada kalanya hilang gitu je. Jadi Samsung tu aku jadikan kamera je lah. Rakam perjalanan kami selama 5 hari di Thailand. Canon bawa saja, tak pakai pun. Buat berat je. huhuhu.

Sebenarnya aku tak berapa cek kat. Letih kot. 5 hari berkelana. Semasa berkelana, banyak menapak. Aktiviti tersebut tak buat sangat kat sini. Itu yang tak sedap badan. Kat Siam, 2 kali aku urut kaki. Lega seketika. Lepas tu menapak lagi. Setiap kali menapak, bukanya dekat. Kenapa menapak? Saja-saja lihat dan merasai bercampur gaul dengan warga tempatan. Kalau bergerak dengan teksi, bila masanya nak bertemu dengan orang tempatan. Saja susah-susah sikit. Bila susah, baru tahu bersyukur dengan nikmat yang telah kita miliki. Rupa-rupa syok, bila menapak. Badan pun berpeluh. Lebih sihat dan bertenaga. Itu yang makan lalu kat sana tu. hihihihi

Semalam balik. Jam 3 pagi sampai KL. Setelah 4 hari berada di luar kawasan. Biarlah aku mulakan kisah aku dengan hari terakhir dahulu. Baru kita undur ke belakang. Kisah akhir baru aku kongsikan kisah awalnya.
Berposing depan hotel, sebelum breakfast pagi semalam. Kami menginap di Hotel Regency. Hotel lama. Sedikit usang.
Semalam, Jumaat. Pagi di Hatyai. Usai solat Subuh. Kami bersiap-siap. Jalan-jalan cari pasal di Bandar Hatyai. Sedut udara pagi. Lebih segar, asap kenderaan belum tebal. Kenderaan belum berlumba-lumba keluar. Agenda kami, mencari nasi kerabu & roti canai susu. Kat Hatyai, kedai orang Patani baru ada nasi kerabu. Biasanya orang Patani boleh cakap Melayu. Kami menapak ke Restauran Khaled. Dari Hotel Regency, tak sampai 10 minit pun menapak.

Sebelum tiba di restaurant Khaled, kami terserempak dengan ramai Sami. Dok kutip derma. Ramai pulak tu. Ada juga kanak-kanak sekitar 30 orang. Pelatih sami lagi kot. Mereka pakai baju & seluar putih dan berkaki ayam. Mereka sedang berdiri depan sebuah kedai. Dari jauh aku nampak, seorang lelaki bawa roti untuk dibgi pada sami tersebut. Lepas bagi, aku dengar, sami tu baca sesuatu, mungkin doa kepada si pemberi. Itu aku agak je. Dah tak paham ape ke bende.

Cdm Kartini; Depan 'Khaled Restuarant. Foto hari Khamis, ketika lunch hari Khamis.
Nasi kerabu. Simple tapi menyengat.
Dah sampai Hatyai. Bolehlah datang sini.
Aku memilih nasi kerabu. Ternyata lain dari yang biasa aku makan. Sedap sungguh. Tak sia-sia cari nasi kerabu sebagai menu breakfast kami pagi semalam. Cdm Kartini pula tambah lagi satu menu, roti canai, makan bersama susu.
Wow! Roti kosong berpalut dengan susu. Sedapnya. yumyumyum.

Nasi kerabu, 3 pinggang dan roti canai 1. Wow! Itulah yang kami bedal kat sini. Harganya jangan kira. Murah sangat. 

Lepas makan. Tak kan nak balik bilik. Masih awal lagi. Lagi satu, aku nak sangat makan kuih-muih. Kalau dapat pisang siro pun lagi molek. Jadi aku tanyalah dengan tuan kedai. 

"Kat mana ada pasar pagi."
" "Tak jauh dari sini." Katanya. 

Suasana pasar pagi di Hatyai.
Suasana pasar pagi di Hatyai.
Suasana pasar pagi di Hatyai.
Kami apa lagi menapak lagi. Cari pasar pagi. Nak lihat suasana pasar pagi dan beli apa yang patut. 10 minit je berjalan. Dah sampai. Meriah. Macam-macam ada. Sayur-sayuran segar dari ladang. Ikan & Daging & Ayam dan ikan. Ulam-ulaman. Malangnya kuih muih tak ada yang muslim jual. Nasi je ada. Kuih muih, peniaga siam yang jual. Tak jadi beli. 
Suasana pasar pagi di Hatyai.
 Masih tak puas hati lagi. Aku nak juga cari kuih, terutamanya pisang siro. Ketika menapak balik hotel. Kami lalu jalan yang berbeza. Sampai simpang 3, ada kedai muslim kat situ. Jual roti canai. Singgah dulu. Tapaw roti. Nak makan, masih kenyang. Kat bilik barangkali. Dok tunggu roti siap. 

Sembang dulu. Tanya dulu. 
" kat mana ada orang jual kuih?" 
"ada tapi jauh."

Lega sikit. Ada peluang. Dia bagi tahu nama tempat. Tapi kami cepat tak ingat. Maklum la tak biasa dengar, cepat lupa

Keluar dari kedainya. Berjalan agak jauh sikit. Tahan Tuk tuk. Nak cari kawasan orang islam jual kuih. Tuk tuk mula-mula tahan, tak tahu dan tak nak gi. Tahan yang kedua. Agak blur juga. Tapi sanggup gi. Gi sekerat jalan, tanya geng tuk tuk. Lepas tu meluncur dengan konfiden. Aku pun syok.

Huhuhuhu!
Dia bawa kami ke Restaurant Muslim, iaitu 'Tamrab Muslim Restaurant'. Lega pada mulanya. Masuk kedai.

 "Ada kuih tak?"
"tak ada."

Sikit frust. Tapi tengok sup tulangnya mengancam. Oder satu mangkuk. Hirup je, dah kenyang. Lama jugalah kami dok lepak-lepak king kat sini. Update fb...

Dari situ kami balik ke hotel. Dah jam 9 lebih. Dah kena packing barang. Dah nak balik. Dah berakhir kelana kami. Dah tak sabar nak ke Padang Besar.

Sampai depan hotel. Ziarah dulu, peniaga tepi jalan. Terbeli sehelai baju, aku nak pakai balik nanti.

Sekian dulu. Lepas ini akan ada sambungannya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger