Ha!ha!ha!Dah boleh update blog. Dah buat apa yang patut aku buat. Dah free. Nak tidur boleh. Nak lepak boleh. Nak baca apa-apa pun boleh. Itulah seronoknya bila biz MLM. Nak bekerja boleh. Nak rehat pun tak ada siapa yang marah.
Aku baru lepas, minum sambil baca buku di Kedai Rejab. Kini dah kat bilik. Bagi masa untuk update blog. Masih ada cerita pasal Bangkok. Belum habis lagi. Ada lagi foto-foto yang belum aku kongsi. Hihihihi. Saja-saja kongsi, mana tahu anda dapat sesuatu dari blog ini.
Aku tahu bukan aku je yang pernah pijak Bangkok. Ramai lagi. Bukan setakat ramai, malah ada antaranya setiap bulan sampai sana. Mungkin dah tak ada apa-apa yang menarik untuk mereka. Bagi mereka apa yang aku tunjuk ini dah basi.
Selepas puas putar-putar pasar pagi di sekitar Jalan Ramhamheang. Naik ke bilik. Packing barang. Dah nak check out. Malam nanti naik bas menuju Hatyai.
Dah janji, sekitar jam 10 am, sedara akan datang. Nak jalan-jalan sekitar Bangkok. Dah sampai, tak lihat tempat tarikan pelancong. Rugi juga. Kami datang bukan sekadar mencari makan saja.
Aku depan bilik penginapan kami. |
Seperti yang dijanjikan. Jam 10 am. Kami check out. Kami hantar bagasi dulu ke Stesen Bas. Lepas tu, baru jalan-jalan. Takkan nak bawa bagasi sambil jalan. Susah dan melambatkan pergerakan.
Ambil teksi. Wow! jauh juga. Hampir 1 jam baru sampai. Itu ketika jalan dah tak sesak. Dah lepas waktu puncak, Sampai tertidur. Tambang pun baru RM 20 sahaja. Murahkan. Tinggal bagasi. RM 15 sahaja, untuk 3 bagasi.
Wow! Besarnya signboard dia. Dari jauh pun dah nampak jelas. |
Ingatkan nak ambil bas. tapi dinasihati oleh guard kat situ, lebih baik teksi. Jaraknya jauh. Kalau bas tak tahu bila nak sampai. Destinasi kami seterusnya ke tengah-tengah Kota Bangkok. Aku tanya sedara kami tu. Nak bawa kami ke mana. dia pun blur-blur je.
Banyaknya merpati. Kat sini ada dijual butir jagung untuk bagi kat burung merpati tersebut. |
Minum dulu. Hilangkan dahaga. Air kelapa jadi pilihan. |
Buah potong pun ada. |
Wow! Ramainya pelancong. Berpusu-pusu masuk Grand Palace. Free masuk, dalam pagar je. Kalau nak betul2 masuk kena fee 500 bhat. Kalau orang tempatan free je. Kami tak masuk sampai dalam. Kat luar je. Ambil foto je. Nak masuk sini, tak boleh pakai seluar pendek. Tapi tak apa, ramai orang jual seluar panjang untuk membolehkan pelancong masuk ke dalam.
Pintu Masuk Grand Palace. |
Abadikan kenangan di sudut ini. Pagoda kat belakang tu.Wat Phra Kaew. |
Wow! |
Biasa melancong ikut pakej. Nak masuk mana-mana dah tak perlu keluarkan duit lagi. Bila sendiri, terasa sayang juga nak masuk. Jadi kami belah tanpa masuk lebih dalam. Ada juga kami cuba masuk ikut lorong orang tempatan, tapi guardnya cek IC pulak. Kami cuba je, sebab sedara kami tu orang sana. hihihi
Tak jadi masuk situ. Kami beredar. Singgah dulu di kedai muzium queen sirikit. Cari kot-kot ada buku pasal Grand Palace. Tak ada. Tapi ada buku pasal Raja & Ratu. Beli buat kenang-kenangan.
Naik tuk tuk, cari tempat makan. |
Dah jumpa. Lihat tanda halal. Lain-lain aku tak tahu. |
Kecik je pintu masuk. Dalam tu luas lagi. |
Dari situ. Cari tempat makan. Tanya driber tuk tuk. Nak cari kedai makan muslim. Dia kata tahu. Bawa kami bertiga. dia juga tak berapa pasti kat mana. Lama juga mencarinya. Siap tanya orang lagi. Akhirnya hajat kami dipenuhi. Hasil dia tanya orang, kami menapak menuju kedai yang dicakapkan tu.
Hidangan kami hari tu. Sup tulang. |
Cdm Kartini bersama dengan tuan kedai. Dah tak larat. Dah umur 77 tahun. |
Mula-mula jumpa. Tak berapa yakin juga. Bila bagi salam. Pekerja situ jawab salam. Kami jadi yakin. Masuk dalam, tengok orang pakai tudung sedang makan. Kami lagi yakin. Kami lebih yakin lagi, bila lihat tuannya ada kat situ. Pakai tudung lagi.
Kedai ni, ada banyak stall. Tapi semua yang berniaga dalam tu, anak beranak semua. Macam-macam jenis makanan ada. Kami pilih nasi sup je. Best. Sebelum belah. Sempat juga bergambar dengan tuan kedai. Dah umur 77 tahun.
Urut kaki dulu. |
Ha!ha!ha! |
Lorong ni lorong popular bagi pelancong. |
Terlalu banyak tempat urut kaki. |
Usai makan. Jalan-jalan kawasan sekitar. Terkejut juga. Kawasan tu kawasan tumpuan pelancong. Bar & Pub berselang-selang. Ramai pelancong.
Tunggu teksi. |
Akhirnya kami, ambil teksi. Menuju stesen bas. Tak banyak teksi nak. Jauh dan jem. Tapi belum betul jem lagi.
Sampai stesen bas. Mandi dulu. Kasi segar sikit. Lepas tu, melantak & beli bekalan dulu. Kalau tak kelaparan nanti. Tak tahu, bila bas berhenti. Kat mana berhenti. Ada makanan halal ke tidak.Semuanya masih jadi tanda tanya pada kami. Jalan selamat makan kenyang-kenyang dan naik bas tidur saja.
Bas telah tersedia di platform 29. |
Jam 7 pm. Bergegas cari platform 29. Jumpa bas dah tersedia menunggu. Jam 7.45 pm. Terus jalan. Bye-bye Bangkok.
Jumpa kawan dari Medan pula. Boleh luaskan jaringan kat sana pula. |
Atas bas pula. Jumpa sahabat. 3 sekawan dari Medan, Indonesia. Komplen kena tipu. Tiket yang mereka bayar RM200 seorang. Kami hanya RM80 sahaja. Dah jumpa, sempat promote bvsm. Mereka ok je. Mereka ni peniaga. Dah selalu datang Bangkok. Ambil barang untuk dijual di Medan.
Mereka balik Hatyai dan terus ke Penang dan KL. Nak cari barang di Jalan Kenanga. Dah nak raya. Cukupkan bekalan.
Bukan itu saja. Barang Indonesia juga mereka bawa ke Malaysia. Berkontena-kontena. Kaya tu.
Bas ok. Selesa. 2 tingkat. Penuh. Ada seorang petugas khas. Driber bas tak payah buat apa-apa tentang urusan penumpang. Bilik air pun bagus. Cuci. Tak berbau.
Orang balik kampung, Songkran punya festival. Orang cuti lama. Sikit kurang selesa. Aircond tak berapa sejuk. Kepanasan kami. Tapi peliknya orang lain siap selimut lagi.
Jam 12 bas berhenti rehat. Makan. Kami yang muslim. Dihidangkan bubur nasi. Nasib baik ada juga. Ini dah masuk dalam harga tiket. Tak sibuk-sibuk cari makan lagi. Lepas makan, aku solat. Siap solat bas dah nak jalan.
Kali ini, tidur saja lepas tu......terganggu dek panas. Komplen kat driber. Lepas tu baru boleh tidur.
Di sini bas rosak. |
Sampai satu stesen. Bas turunkan penumpang. Bas pula buat hal kat situ. Rosak.
Tunggu bas penyelamat tiba. |
Terpaksa tunggu kat situ. Sekitar jam 6 am. Nasib baik di stesen bas. Boleh cuci muka dan tunai hajat dengan lebih selesa.
Sempat juga tambah kawan. Inilah satu-satunya yang boleh BI. Sunee. |
Sejam kemudia sampai van. Ambil dulu satu puak. Lain-lain kena tunggu lagi. Datang lagi van. Ini van kami naik.
Stesen Van untuk perjalanan jarak jauh. Bas pun ada. Pilihan ditangan anda. Tiketnya juga berbeza. |
Van ini hantar kami ke Stesen Van dekat Hatyai. Dari situ naik tuk-tuk ke hotel regency. Geng Indonesia, teruskan perjalanan ke Penang dengan Van yang lain pula.
Cukup dulu. Nanti kita sambung lagi ye! jangan jemu baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan