Jom Follow

Selasa, 9 April 2013

Esok Bonus Masuk: YES!

Wow!Hari yang ditunggu-tunggu. Hari yang dinanti-nantikan. Hari yang minta dipercepatkan. Hari yang jangan diperlewatkan. Mesti kota, apa yang dijanjikan. 10 hari bulan setiap bulan. Sejak dulu-dulu lagi. Sejak 13 tahun dulu lagi.

Esok bonus masuk. Esok masuk akaun masing-masing. Boleh cek. Boleh semak. Berapa RM yang masuk. Hari ni dah boleh call syarikat. Kalau tak sabar nak tunggu esok. hihihii.

Ada dapat 4 angka. Ada dapat 5 angka. Ada dapat 6 angka. Ada yang dah berkali-kali dapat bonus. Ada yang baru pertama kali dapat bonus. Mungkin yang dah berkali-kali kurang excitednya. Tapi bagi yang pertama kali dapat, excitednya boleh tahan. Mungkin termimpi-mimpi. Dah tak sabar nak cucuk mesin ATM.

Biasanya kalau pertama kali dapat bonus. Beli gajet dulu. Hp terutamanya. Cari yang terkini dan tercanggih dipasaran. Dah lama dok nak beli. Mungkin terbantut dek harganya. Bila dapat bonus, 4 angka. Mimpi bakal jadi realiti kini.

Jangan lupa. Dapat bonus tu. Beli tiket Diamond Nite. RM100 sahaja. Jangan lambat-lambat. Habis tiket. Habis duit. Terlopong nanti. Kerap berlaku. Akhir-akhir baru nak tiket. Masa tu, tiket dah tak ada. Beli sekarang. Miliki sekarang. 

Siapa yang pernah hadir, tahu akan penangannya. Macam biasa-biasa. Macam tak ada apa-apa. Bila hadir, balik jadi lain macam. Balik, macam orang baru. Balik, semangat jadi double. Balik, semangat bisa teriple. Tak percaya, hadirkan diri anda pada Diamond Nite nanti.

Tengok orang pun dah bersemangat. Itu belum lagi dengar perkongsian dari pemimpin hebat lagi. Pendek kata rugi besar kalau masih berkira-kira nak hadir ke tidak. Buat keputusan kemah-keming. "Aku hadir Diamond Nite."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger