Jom Follow

Rabu, 10 April 2013

Aku & Dunia Baru.

Ha!ha!ha! Minat menulis. Suka menulis. Hari-hari kena menulis. Hari-hari kena keluarkan apa yang menyesak dalam kepala. Menulis bukan kerna nama. Menulis kerana passion. Dulu sekadar tulis diari. Tak simpan baik-baik. Hilang gitu je. Dah tak jumpa. Nak selongkar buku-buku, terasa malas pulak. Bukan sikit buku nak selongkar. Satu hari pun belum tentu habis.

Minggu ini, biz sekitar KL je. Tak masuk bandar pun. Sipi-sipi je. Jadi aku tak perlu ikut. Jadi dok di rumah je la. Itu yang boleh mengadap laptop. Boleh update blog. Boleh update status fb. Boleh baca status sahabat-sahabat. Boleh bagi komen-komen. Tak nak komen, cukup sekadar 'like'. Itu dah cukup bagus.

Biasa terjadi. Like & Komen pada status yang kita kenal sahaja. Jadi apa guna ada kawan beribu. Sekadar kawan dan tak pernah bertegur sapa di alam maya. Biasa aku buat, aku akan like semua dulu. Ada perlu komen, aku komen. Mulai hari ini, kena komen juga pada status kawan-kawan yang aku kena di alam maya.

Ada juga kawan-kawan yang remove aku. Aku tak kisah. Aku tak tahu pun siapa yang remove @ unfriend. Mungkin tak sesuai untuk berkawan dengan aku. Mungkin aku kerap juga update status pasal biz yang aku sudah lama buat. Dah 13 tahun berkelana dalam dunia MLM. Aku yakin kau & isteri akan terus berkelana dalam dunia MLM.

Tak suka orang biz. Kalau kita buat biz. Kita nak promote pada kawan-kawan juga. Jadi apa salahnya kalau orang post pasal biz yang mereka buat. Kita ajak orang. Orang ajak kita. Kita promote kat orang. Orang promote kat kita. Adilkan. Nak ikut, tak nak ikut. Keputusan ditangan sendiri. 

Aku suka add orang biz, Mula-mula tu, gile-gile update status fb pasal bis yang mereka buat. Hari-hari update. 2,3, 4 kali update. Tak sampai sebulan. Semakin berkurang. Cukup-cukup sebulan, terus senyap. Kenapa? Mungkin tak ada respond.  Kurang sabar la tu. Nak cepat jadi. ha!ha!ha! jangan gelojoh sangat. Kena konsisten post. Lama-lama orang akan terpikat. Sikit-sikit orang akan terpikat. Sikit-sikit orang akan beri respond.

Aku agak lewat memasuki dunia IT. Tahun 2010 baru tersedar. Orang dah jauh ke depan. Aku baru terkial-kial. Tanya orang. Baca buku. Baru mulakan sesuatu. Kini semakin faham. Semakin mengerti.

Pemain MLM. Pemain Unit Trust. Pemain Takaful. Ramai dalam friend aku. Awal-awal je, bersemangat. Sekarang ni dah tak ghairah lagi. Rugi.

Aku pun sama. Kurang konsisten. Sekejap bertubi-tubi share pasal biz. Ada kalanya senyap sedik. Tak boleh macam tu. Kena konsisten. Tapi jangan sampai orang meluat. Jangan sampai orang termuntah. Padahal produk yang aku buat ini, memang hebat. Berkesan untuk meningkatkan mutu kesihatan manusia. Garam buluh & Premium Beautiful & Bio Aura & BVSM.

Bukan cakap kosong. Bukan jual cerita indah-indah. Testimoni hari-hari ada. Boleh berjalan lepas guna bvsm. Migrain dah tak menyerang lagi. Solat berdiri. Dah boleh tidur lena. Dah itu. Dah ini. Senggugut dah hilang. Paras gula dalam darah dah turun. Tekanan darah dah normal. 

Beranikan diri untuk berkongsi. Pecahkan minda malu dan malas. Man jadda wajada. Memang baru-baru, tak terus jadi. Kena usaha. Kena usaha. Kena usaha. Jangan berhenti. Baru kejayaan menjadi milik kita. Apa yang terjadi, bila terus jadi, itu bukan kita pandai lagi tapi lebih kepada luck. Jadi dalam jangka masa lama, ini yang kita nak. Ini yang kita mahu.

Kena rajin. Kena tekun. Kena disiplin. Kena sentiasa update fb. Kena terkini. Baru betul. Baru menjadi. Nak buat ini kena disiplin tinggi. Kena kerja lebih masa. Kena kerja lebih lama. Kena banyak cuba.
Sahabat baru. Kami jumpa atas train menuju Bangkok. Begitu asyik dengan diarinya. Sepanjang masa atas train, menulis saja. Kecuali tidur @ ke toilet.

Tak boleh harap fb je. Kena tambah kawan di luar juga. Kena jumpa kawan juga. Kena gi situ, g sini. Tambah kenalan. Tambah senarai prospek.
 
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger