Aku nak sambung lagi. Belum habis lagi catatan aku balik kampung. Lewat-lewat pun kena catat juga. Kalau tak catat, rugi. Sape yang rugi. Aku la yang rugi. Berapa RM rugi? hihihi. X terkira ruginya. Tak boleh nak disamakan dengan wang ringgit. Aku tulis, apa yang aku nampak. Aku tulis apa yang aku rasa. Aku tulis apa yang aku pikir. Paling penting segala catatan aku ini dikongsikan dengan sejujur-jujurnya. Aku menjadi diri aku sendiri. Aku persembahkan diri aku yang sebenarnya. Tak ada tokok tambah untuk menyedapkan penceritaannya.
Khamis. Awal pagi. Usai solat Subuh. Melangkah menikmati suasana pagi di Bandar KB. Menyedut udara segar tanpa asap kenderaan. Menikmati udara sejuk sambil menangkap bau-bauan gulai nasi belauk yang banyak terdapat di bucu-bucu bangunan sekitar KB. Terutamanya sepanjang Jalan Dato Pati, tak jauh dari hotel penginapan kami.
Terjah dari Hotel Raudah yang terletak di Jalan Maju Kota Bahru, sebelah Bank CIMB. Sebelum Nama Raudah, nama hotel ini ialah Hotel Ansar.
Aku berdiri depan Pasar Pokok Pinang. |
Aku sempat kacau Mak Cik ini. Tapi bila nak snap foto. Terlu melarikan diri dan tak nak cakap. |
Penapakan kami bermula dari hotel. Keluar hotel bergerak ke arah kanan. Menuju ke Jalan Dato' Pati. Sempat abadikan foto di Papan Tanda Batu 'Medan Ilmu'. Dari situ kami bergerak ke arah Stesen Kereta Sewa di Jalan Suara Muda. Walaupun masih awal pagi. Dah banyak teksi-teksi sedia menanti penumpang. Tak sabar nak bawa ke destinasi pilihan. Tak sampai 20 meter dari simpang terdapat pasar yang dikenali dengan nama Pasar Pokok Pinang. Diapit oleh 2 bangunan. Aku tak perasan sebelum ini. Dikenali juga Bak Tiam dalam bahasa Cina yang membawa maksud Pasar Daging. Di sini terdapat beberapa peniaga Cina yang menjual daging khinzir. Selain terdapat juga segelintir peniaga Melayu yang jual barangan keperluan harian. Kami memasuki Pasar ini, dan keluar hujung sebelah sana, stesen bas Kota Bahru.
Dari situ kami belok kiri. Lalu kaki lima bangunan Hotlink. Sampai bucu sebelah sana. Ada orang jual nasi belauk dan kuih muih. Apa lagi, singgah dulu. Tengok dulu. Perhati dulu. Pelanggannya boleh tahan. Ramai dan tak berhenti orang datang. Dekat lima minit juga kami menyinggah situ.
Ralit baca khabar dunia. Tengok jarak penglihatan masing-masing. |
Dari situ meyeberang ke sebelah penjual paper di Jalan Ismail. Singgah dulu. Lihat kemeriahan jualan paper pagi ini. Kalutnya boleh tahan. Dah ada tiga Pak Cik ralit dok baca paper. Kami juga terrangsang juga. Beli jugalah. Ingatkan tak nak beli. Malas nak beli paper time-time gini. Banyak sangat cerita politik. Memual bila bacanya. Tapi Pak Cik yang jual tu cakap. Orang beli pun bukan nak baca sangat. Tapi beli sekadar bantu dia biz sahaja. Beli pun buang juga.
Di bucu bangunan sebelah Pak Cik jual paper. Restoran. Ramai orang sedang breakfast. Teruja nak masuk. Pikir-pikir masih awal lagi. Jalan-jalan dulu. Kasi kosong betul-betul baru syok isi. Sambung lagi. Kali ini menuju ke arah Pasar Besar Siti Khadijah. Lintas Jalan Tok Hakim. Lalu ikut celah bangunan. Ada bangunan sedang buat. Aku teringat, tepi tu dulu ada warung orang jual roti canai. Aku punya anak suka sangat roti cotek kat situ. Bila buat bangunan baru, gerai kat sini dah pindah sebelah dengan Pasar Besar Siti Khadijah.
Penuh kuih muih. Kena sabar dalam aktiviti membeli. Kelak jadi membazir pula. Ingatan buat kami. Kami ni dua orang je. |
Wow! Melangkah masuk pasar. Masuk ikut pintu belah orang jual buahan. Belum berbiz lagi. Buah-buah mungkin lewat sikit buka. Masuk lagi dalam. Memang tak ramai. Singgah dulu di lot orang jual daging. Dari situ menuju ke belah surau. Singgah pula tempat orang jual kuih. Macam-macam ada. Rasa nak borong semua sekali.
Lama juga dok sekitar itu. Dah penat. Jalan balik menuju Hotel Raudah. Sebelum tiba hotel singgah breakfast dulu di Restaoran Sumatera. Sebelah Jaffar Rawas. Mee hun goreng jadi pilihan. Manakala Mem pula , keluarkan bekalan yang dia beli dalam perjalanan tadi. Kuih dan nasi belauk.
Breakfat bersama Kak Izan. Peniaga gigih. |
Penuh. Ada satu meja. Seorang je duduk kat situ. Mak Cik. Kami pun menempel kat situ. Dapatlah juga teman untuk borak-borak sambil breakfast. Datang awal ke bandar. Cari barang. Berniaga dekat dengan SK Langgar. Anak-anak dah besar. Ada yang jadi cikgu, dok kat Kajang pula tu. Menantunya biz. Ambil barang di China. Sebelum beredar, sempat minta no telefon.
Usai breakfast. Aku tuju pula kedai buku Jafar Rawas. Penuhi kehendak hati. Lihat buku dan harap-harap ada buku yang berada dalam radar. Tak semua buku ada di KL. Tempat-tempat gini juga ada buku berharga juga. Ternyata telahan aku benar. Ada dua buah buku. Cepat-cepat aku sapu. Nak kata lama aku cari, taklah juga. Tapi dah lama tersimpan dalam radar. Tunggu masa ketemu je. Syukur sangat-sangat. Aku ketemu juga di KB.
Dah jam 10 pagi. Tibalah masanya kami kembali ke hotel. Rehat2 dan bersiap untuk check out.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan