Selamat berhari minggu. Apa aktiviti anda hari ini. Bagi yang kerja, selamat bekerja. Bagi yang cuti, selamat bercuti. Bagi yang biz MLM @ Unit Trust @ Takaful. Hari ini, biasanya akan lebih sibuk jumpa customer. Ada ketikanya appt dari pagi sampai malam. Wow! Hebat. Ada juga hari ini, diadakan kelas-kelas ilmu, untuk lebih tajam lagi dalam biz.
ATM181. Dah lama tak buat kelas hari ahad. Bagi peluang pada rakan kongsi, bertebaran ke seluruh negara, bina biz sebesar-besarnya. Mereka boleh ke mana sahaja, tanpa ralat tak hadir kelas. Kesannya telah jelas. Ramai yang dapat network baru dan ada masa untuk bimbing mereka menjadi seorang fighter hebat.
Aku pun agak sibuk. Kena update blog dulu. Pagi-pagi ni, idea banyak sikit. Kisah kami ke Thailand pun belum habis lagi. Masih belum khatam lagi. Semalam aku share hari terakhir kami di Negara Gajah Putih. Hari ini, aku nak share sehari sebelum tu. Pelik sikitkan. Tapi tak apa. Cerita tetap cerita. Tak cerita, nanti kenangan indah tu hilang begitu saja. Sekadar memori sahaja. Untuk diri sendiri. Bila aku tulis, untuk aku dan untuk siapa yang membacanya.
Baru dua hari. Dah ada yang lupa. Dah ada yang tertinggal. Tunggu sampai seminggu, lagi banyak yang lupa. hihihihi. Itulah aku. Ingatan tak berapa tajam. Tapi hutan orang dengan aku, tak lupa tau. hihihi.
Hari ke-2 kami di Bangkok. Hari ke-dua sebelum kami angkat kaki. Panjang kisahnya. Banyak pula fotonya. Tak apakan. Harap sudi membacanya sampai habis.
Abadikan kenangan depan Signboard Hotel Anda. |
Kita mulakan belah pagi. Usai solat subuh. Siap-siapkan diri untuk keluar. Cari makan dan lihat suasana pagi di sekitar kami punya Hotel Anda di 10 Ramkhamhaeng Rd. Pagi-pagi ni, nak tengok orang berniaga, terutamanya peniaga muslim. Boleh kami breakfast sekali. Kami menapak sejauh 1 KM. Terdapat banyak gerai peniaga muslim. Ada can breakfast. Tapi kat sini dah lain menunya. Tak ada lagi nasi kerabu @ roti canai.
Gerai satay ke ni...Makan dengan nasi tau. |
Boleh tahan. Nasi dengan sup tulang. |
Gerai apa eek? |
Gerai ada ada jual nasi sup. |
Salah satu gerai yang kami singgah. Jual nasi kuning dan pulut ayam. Kat sini, kami beli seketul ayam je. |
Tak tinggal fb. Mana tahu kot-kot ada yang tanya pasal bvsm. |
Kami singgah beberapa gerai. Isi perut juga. Isi pun sikit-sikit. Kalau bedal sekali gus, alamak tak boleh menyinggah gerai-gerai lain pula. Kami makan bubur nasi. Ayam goreng. Satay. Lain-lain gerai, kami snap foto je.
Misi ini, sekitar 1 jam sahaja. Lepas tu naik kat bilik. Lepak-lepak sebelum sedara kami tiba, untuk bawa kami ronda sekitar Bangkok sebelum kami naik bas sebelah malamnya.
Foto-foto atas tu gerai-gerai sebelah kanan jalan Ramkhamhaeng. Kat bawa ni pula sebelah kiri jalan. Sebelah sini pula, peniaga Siam yang kuasai. Kalau ada peniaga muslim hanyalah 1,2 gerai sahaja. Sempat juga aku lalu sini.
Suasana kat sini. Sibuk jual |
Ramai-ramai yang dok meniaga kat sini. Inilah gerai peniaga muslim. |
Pagi-pagi. Orang sibuk keluar pergi kerja. Sekitar ini, ramai muslim. Kalau datang Bangkok dan menginap sekitar ini. Mudah nak cari makan. Tak kebulur. hihihi. Bukan setakat makanan mudah, tapi sedap-sedap pulak tu. Masjid pun ada.
Persaingan cukup hebat kat sini. Jadi nak ikat pelanggang, mesti atas masakan. Mesti sedap dan lain dari yang lain. Tak perlu bomoh membomoh. Kat sini, kalau tak sedap. Mesti mati punya biz. Ada tu, hanya jual air saja, pun boleh hidup. Bukan air tebu, bukan air kelapa tapi air teh, itu macam.
Lagi satu, dapat lihat orang muslim yang kaya. Aku rasa la. Kalau ikutkan kereta yang keluar masuk kat kawasan sini.
Kita jumpa lagi lepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan