Jom Follow

Ahad, 7 April 2013

Hari Terakhir Di Bumi Thailand: Hatyai & Alor Setar.

Dah lapang. Anak-anak dah tidur. Bola pun dah habis. Tengok wall pun dah sudah. Tibalah masanya aku update blog. Sambung perjalanan kami. Hari terakhir di Bumi Gajah Putih. 

Sampai hotel. Kami tak terus naik ke bilik. Jenguk-jenguk dulu, orang dok berniaga tepi jalan. Nampak dari jauh, macam ada sesuatu yang menarik. 

Jual baju-baju je. Tak ada yang berkenan. Untuk anak-anak tu memang sesuai. Harganya tak murah sangat. Mungkin mereka tahu, kami ini orang luar. Katok sikit regonya. 

Usai dari situ. Kami balik hotel. Packing barang. Dah nak balik. Barang tak banyak sangat. Tak membeli sangat. Niat pun bukan untuk shopping. Sekadar jalan-jalan dan belajar budaya orang. Mana yang positif kami kutip, mana yang tak elok kita ketepikan. 

Sikap rajin. Man jadda wajada. Kreatif. Bersih. 

Jam 10.15 am. Kami check out. Settle semua. Cari tuk tuk. Minta hantar ke tempat van penumpang(Road tuor), untuk ke Padang Besar. Nasib baik, ketika kami sampai kat situ dah ada van yang nak ke Padang Besar. 

" Nak terus, 100 bhat seorang. Kalau tunggu 50 bhat seorang?" Tunggu bererti ikut time yang tertentu. Tiket pun kena beli dikaunter. Paling penting tak ada ulat tiket.

Kami pilih untuk terus bergerak. Kami hanya 2 orang sahaja. Kami agak-agak, van tersebut memang ada urusan di Padang Besar. Jadi ambil kami pun, sekadar lepas duit minyak kot.

100 bhat tu amat murah. Kalau dua orang baru 200 bhat. Tukar duit RM, lebih kurang RM 20 sahaja. Terlalu murah, kalau nak dibandingkan dengan kereta sapu. Kereta sapu minta RM150 untuk hantar kami ke Hatyai dari Padang Besar. Dah tak tahu. Kami setuju je. Lain kali tobat, tak nak guna khidmat kereta sapu. Baik masuk padang besar belah siam, cari van sana. Murah dan efesien. Selesa lagi. Aircond pun kuat. hihihihi.

Hampir sejam juga baru sampai Padang Besar. Van turunkan kami depan imigresen Siam. Masa kami turun van, ada satu kereta ni. Dah macam nak berhenti. Nak ofer kami. Tapi kami buat tak layan. Taku juga kena cekik. Kami tak terus chop passport. Rehat dulu di kantin Imigresen. 

Kat kantin ramai orang. Lama juga aku dok lepak, mengenang saat indah di Siam. Nak terus keluar pun, nak tunggu Cdm Che Mat kat mana.

Lamo juga aku dok perati orang-orang dok lepok. Aku pun buat-buat tanya.

"nok gi mana dik?"
"nok gi Manjung."
"kijo ssano ko."
"kijo kedai makan."
"pah ni kelik dumoh ko?"
"dok, mari chop passport. Ni nok gi terus. Dok tunggu driver mari."
"driver ttinggal passport di Danok."
"chop passport dan gi terus."
"boleh ko gitu."
"boleh."
"bayar brapo?"
"RM160. RM100 tambang, RM60 bayar chop."
"sapa sini bilo?"
"Pagi tadi."
"ni ssemo mari skali blako?"
"Skali, tapi lain-lain kedai."
"Hari-hari ado gini."
"Memang kerjo dia doh gitu, bawa orang chop passport dan gi selalu."

Tak lama lepas tu. Geng mereka ni dah boleh bergerak ke Malaysia. Mungkin van dah sampai. Kami juga yang masih tercokoh kat situ. Makan nasi juga sikit. Lapik perut dulu. Perancangan asal, nak makan kat Padang Besar belah Siam dulu. Dah sampai sini. Malas nak gi.

Setelah geng-geng tu beredar. Aku masih kat situ lagi. Saja-saja duduk. Update status fb. Tiba-tiba ada 2 lelaki duduk kat meja sebelah. Aku agak, mereka inilah yang uruskan chop-chop passport. Salah seorang dari mereka, dok kalut sikit sejak aku sampai sini. Bila geng-geng tu dah beredar dari situ. Dia nampak relax. 

Mereka dok sembang-sembang. Tak tahu ujung pangkal. Tapi aku nampak kawan dia tu dok kira duit. Lepas tu hulur ke dia. Aku kira-kira lebih kurang RM600 lebih. Sekali bagi RM100 dan 6 kali hulur. Lepas dia dapat duit. Dia minta izin nak pergi dari situ. Nak hantar orang.

Lepas je dia belah. Datang lagi seorang lelaki. Naik motor. Plat RX XXX. Aku dah lupa. Datang dan duduk kat sebelah kawan dia tadi. Berbasa basi. 

"Driver van, sampai pagi. Gi berehat dulu di Danok. Rumah kawan. Tertinggal pula passport. Itu yang lambat." Ini aku dengar dia cakap pada yang baru sampai.

Lepas itu, aku menapak keluar dari imigresen. Berjalan kaki menuju ke Imigresen Malaysia. Bawa beg, agak berat. Singgah di Kerajang Emas dulu. Kedai Bebas Cukai. Pilihan tak banyak. Tak ramai pengunjung. Lihat-lihat apa yang patut. Lagi penting, Cdm Che Mat boleh masuk sampai sini. Tak sampai 20 minit pun kami dok pusing-pusing dalam Kerajang Emas. Cdm Che Mat dah sampai. Bersamanya Nik dan Cdm Pak Su.

Kenapa Cdm Che Mat datang ambil? 
Sebenarnya kami tinggal WRY181 ke Cdm Che Mat. Malas nak tunggal kat Padang Besar. Tak dok sape nak start. WRY181, kalau tak start, bateri boleh kong. Bila tinggal kat Cdm Che Mat. Dia boleh start dan naik sekali. Bawa balik Klate.

Lepas tu. Masuk Pekan Padang Besar sekejap. Makan dulu. Masing-masing kelaparan. Belum makan lagi. Ketika itu jam dah 2.30 pm. Supn tulang dan nasi putih. 

Kedai Emas Musleem Gold. Baru 4 bulan beroperasi. Prestasinya menakjubkan.
Lepas makan. Vroooom ke Alor Setar pula. Sampai Alor Setar, dekat-dekat jam 5 pm. Di Alor Setar, singgah dulu di Kedai Musleem Gold, MBSA. Ziarah kedai Emas Cdm Che Mat. Wow! Tak sangka. Dah ada kedai. Dah ada pekerja. Ketika kami sampai. Pelanggangnya boleh tahan juga.

Keluarga Cdm Pak Su. Isteri Cdm Pak Su ni, seorang guru. Mengajar di Sekolah Teknik Alor Setar.

Lama juga dok kat situ. Tengok Cdm Che Mat dok layan pelanggang. Boleh tahan juga. Skillnya hebat. Dari situ kami ke rumah Cdm Pak Su. Ini rumah Mak Su yang lain. Kami tak pernah jumpa. No 2.Rehat dan mandi dulu. Lepas solat Maghrib. Beredar tapi tak terus balik. Makan dulu. 

Kami makan. Restoran di Jalan Kuala Kedah. Dekat dengan rumah Cdm Che Mat duduk. Kat sini lama juga. Hampir jam 10.30 baru bergerak balik KL. Kat sini, melantak sakan. Sedap. Capai piawai.

Kami sampai rumah jam 3 am...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger