Hari Ulangtahun perkahwinan kami ke-15.
Syukur pada Ilahi. Kami sentiasa doakan ikatan ini kekal sepanjang hayat.
Janganlah ada ujian-ujian berat yang boleh menggugat ikatan terbina kukuh ini.
Sikit-sikit tu biasa. Lengkap melengkapi. Mana ada orang sempuna dalam dunia.
Sekejap je masa berlalu. Indahnya hidup berdua dan dikurnikan zuriat yang sihat lagi sempurna.
Awal-awal dulu, CDM Kartini jadi guru aku sambung belajar.
Lepas tu dua-dua jadi guru.
Lepas tu lagi, seorang berhenti dan seorang lagi masih seorang guru.
Kini dua-dua dah tak jadi guru.
Walaupun dah tak jadi guru, tapi masih macam guru.
Fungsi guru masih kami bawa sehingga sekarang.
Anak murid serata tempat. Berguru/bertanya bila perlu sahaja. Tak perlu hari-hari.
Tak perlu berdepan sahaja. Melalui fb, blog, sms dan telepon.
Beberapa foto ini. Semalam punya tau. Laman Grill.
![]() |
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam. |
![]() |
Pilih menu tersohor kat sini. Menu, paling ramai yang pilih. |
![]() |
Dah sampai. Taklah lama sangat. |
![]() |
Tengok ini pun dah meleleh air liur. Kami dah berkira-kira nak datang sini lagi. |
![]() |
Tak cukup satu, tambah lagi la... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan