Selamat pagi, warga dunia. Selamat pagi warga Malaysia. Selamat pagi Warga Sabah. Selamat pagi warga Lahad Datu. Selamat pagi warga ATM181.
Semalam, telah berlangsungnya Hari Bio Velocity Sleep Mate di Lahad Datu, Sabah. Acara ini dirancang dan dilaksanakan oleh Cdm Roshila & rakan kongsi sekitar Lahad Datu. Acara ini yang ke-2, selepas KL.
Tahniah buat Cdm Roshila dan krew-krwenya. Bukan senang nak buat. Bukan mudah nak buat. Kena kerja kuat. Kena banyak sabar. Banyak habis masa. Banyak habis tenaga. Nak urus dewan. Nak jemput orang. Nak kumpul orang. Nak cetak kat jemputan. Nak kumpul testimoni. Aku tengok pun dah susah. Nak laksanakannya lagi susah. Tapi bila keinginan yang meluap-luap. Segala-galanya boleh diatasi dengan mudah. Cdm Roshila dah 10 hari berkampung di sini. Tinggal keluarga. Demi keluarga.
Kami sempat tengok susah payah mereka. Kami sempat rasa kesibukan mereka. Kami sempat tengok kerisauan mereka, takut-takut majlis tak sempurna. Krew-krew Hari BVSM. Ada yang tak cukup tidur. Ada yang demam-demam. Wow! Tak semua orang sanggup buat. Kalau sekadar suruh orang buat tu mudah. Aku pun boleh suruh.
Syukur. Sudah selamat. Sudah habis. Berkat kerjasama semua. Berkat doa semua. Lebih 150 orang yang datang. Ada yang beli barang terus. Ada yang nak beli lebih dari satu. Ada yang nak sampai 16 biji. Ada yang jadi pengedar. Mereka yang hadir terpikat, dengan demo-demo produk. Mereka tersentuh melihat 4 testimoni dari kalangan warga Lahad Datu. Mereka teruja, melihat kesungguhan ATM181 ingin menjayakan mereka.
|
Hari Bio Velocity. Di 'The Executive Hotel'. Jam 1 hingga jam 5. |
|
Abang Rasyid. Testimoni ke-4. Legamen bahu kiri dah tak sakit. Penglihatan semakin terang. Turun berat badan. |
|
Kenapa gambar ini dok kat sini. Sepatutnya akhir sekali. Ini sesi melantak, selepas berakhirnya acara. Lapar tahap gaban. Kena pula makanan yang sedap. Lagi sakan mengcekik. |
|
Ketua Daerah. Datang untuk merasmikan acara Hari Bio Velocity. Terima kasih KD. |
|
Antara mereka yang datang dan sempat kumpul untuk bergambar sebagai kenangan. |
|
Nak masuk daftar dulu. Ada cabutan bertuah. Rugi kalau tak daftar. |
|
Testimoni ke-2. Satu keluarga pakai. Dah beli 5 bvsm. |
|
Cdm Kartini bersama adik Leeya. |
|
Cdm Kartini..Sesi closing. Sesi buat duit. Sesi senangnya nak pasarkan BVSM. Sesi ubah impian. |
|
Cdm Kartini, Cdm Siti Rahmah & Cdm Maidah. |
|
Tak tahu tanya. Cdm Roshila sedang jelaskan apa yang kabur pada beberapa orang peserta. |
|
Wow! Terus beli. Terus bawa balik. Terus boleh rasa kehebatan BVSM. |
|
Cdm Roshila & Cdm Asiah. Upline & downline. Sama-sama booomkan biz. |
|
Cdm Asiah...bijak kuasai pentas. Santai buat demo. |
|
Mereka yang memenuhi dewan semalam. |
|
Bacaan doa oleh Imam Majid. Agar acara berjalan lancar dan ada keberkatannya. |
|
Cdm Kartini bersama Cdm Maidah Malin. Cdm Maidah, lepas je acara terus gempur Tawau. Wow! tak berhenti bekerja. |
|
Ini testimoni pertama semalam. Tapi gambarnya aku saja letak akhir sekali. Encik Razak, dah 6 tahun strok. Setelah pakai BVSM, ada perubahan ketara pada kesihatan. Tangan kiri & kanan dah boleh bergerak. Penglihatan lebih jelas. Dah boleh bangun. Paling utama 'ceria' hidupnya. Kembali bertenaga. Semalam pun amat gembira. |
Sempat aku tanya Cdm Roshila. Nak buat lagi tak? Cukup je sekali. Kalau buat lagi, orang dah kurang excited. Sama jawapan Cdm Ah Hock tempoh hari. Cukuplah sekali hari bio velocity. Sekali pun dah boom. Sekali je dah meletop sakan. Sekali je dah panas sakan.
Masa yang lama perlu diambil untuk menjayakan acara ini. Kadang-kadang terlepas demo....huhuhuhu.
Lahad Datu, telah tengok kehebatan BVSM. Hari ini, ramai yang nak jumpa. Hari ini, ramai yang nak tahu macamana nak buat duit melalui BVSM. Sibuk lagilah Cdm Roshila. Esok dah nak balik KL. Sibuk!Sibuk!Sibuk.
Kami akan terbang balik, malam ini. Naik di Sandakan. Jam 12 nanti bergerak ke sandakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan