Bertemu diawal pagi khamis. Semoga keceriaan sentiasa bersama kita semua. Bagaimana biz anda semalam? Ada bagus. Ada baik. Ada molek. Molek ke, tak molek ke semalam. Ianya dah lepas. Hari ini kita baiki, jadikan lebih baik. Kalau boleh jadi lebih terbaik lagi. Ramai juga yang dicas oleh Cdm Faridah Mohd Ali. Penuh bateri. Tenaga full. Momentum menggunung tinggi.
Semalam kami pun agak sibuk. Gara-gara Hari Bio Velocity. Banyak permintaan. Ada 2,3 demo juga semalam. Kami tahu, itu tak banyak lagi kalau nak dibandingkan dengan warga ATM181 yang lain. Tapi kami, sentiasa azam untuk tambah lagi demo dihari-hari mendatang.
Kesesakan di plaza tol KESAS semalam. Nampak tu, 2 lorong SMART TAG merah. |
Seperti biasa pagi-pagi. Hantar anak ke sekolah. Dah dua hari tak hantar. Kami berada di luar kawasan, KT. Semalam pelik sikit. PlazaTol USJ. Lorong Smart Tag. Dari tiga lorong, hanya satu je berfungsi. Aku tengok, tak ada apa-apa yang pelik. Kalau nak servis, buatlah malam-malam. Ini pagi, orang berpusu-pusu ke tempat kerja. Masalah sebenar aku tak tahu. Itu aku agak je. Kalau salah, maafleee.
Balik rumah. Beli nasi kerabu & Laksam. Makan sambil baca paper. Kedai Rejab. Itulah yang ada di kawasan aku. Dah macam terpaksa. Sejam juga. The Star & Harian Metro. Tamat sekitar jam 9 pagi.
Destinasi pertama kami semalam. Sekolah di Lembah Pantai. Nama tak payah sebut. |
Lepas itu, bermulalah perjalanan biz kami. Destinasi pertama ke Lembah Pantai. Ikut highway LDP dan NPE. Exit selepas Pantai Dalam sebelum Angkasapuri. Jumpa bakal rakan kongsi. Follow up lah katakan. Perlukan 2,3 kali juga baru boleh submit dana. Belum lagi hantar ke bank. Jadi seorang bakal rakan kongsi, perlu jumpa 3,4 kali juga baru boleh settle sampai transfer dana. Itu belum biz lagi. Bila dah biz, lain pula kisahnya. Kat sini, tak lama sangat. Kalau jauh macamana? Kena cakap betul-betul. Kalau boleh suruh bakal prospek siapkan awal-awal semua dokumen. Baru cepat dan tak ulang-alik banyak kali.
DariNya kita datang, kepadaNya akan kembali. |
Dari Lembah Pantai, vrooom ke Desa Setapak. Ikut NPE lalu depan Masjid Negara, naik ke Jalan Tun Razak, lalu Jalan Pahang. Ziarah kawan sekolah Cdm Kartini. Kawan semasa di MRSM Kuantan. Sakit dah lama, tapi tak jadi-jadi nak ziarah. Alih-alih dah meninggal. Kena ambil pengajaran kat sini. Kena ziarah. Jangan dok tangguh-tangguh. Tahu sakit, terus melawat @ tetapkan tarikh yang tepat, nak gi melawat. Bukan main cakap nak gi. Nak gi. Nak gi. Kami sampai jam 1 tengahari di rumahnya, Jalan Santang 1. Tapi jenazah telah dibawa ke Surau al-Taqwa. Jadi kami terus ke surau, terletak tak jauh dari rumahnya. 20 minit kat situ. Cdm sempat jumpa isterinya yang dikahwini tahun lepas.
Makan tengahari kat sini. Ramai yang biasa makan kat sini. |
Desa Setapak bergerak ke Ibukota semula. Ikut Jalan Gombak, Jalan Genting Kelang, Bulatan Pahang, Kg Baru. Masih awal lagi. Appt jam 4 petang. Masih ada masa melencong ke lain dulu. Singgah makan di Kampung Baru. Restoran MZ. Isi perut sikit. Semasa aku makan, ternampak seseorang. Kawan sekolah dulu. Aku rasa la. Dia pun sibuk cakap dengan geng. Tak boleh nak celah. Terlepas macamtu saja. Dia dah tak ingat kot. Dah lama sangat. Aku tingkatan 5, dia tingkatan 6 bawah.
Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan. |
Lepas makan. Bergerak ke Mahkamah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Singgah dulu di Pustaka Mukmin. Beli buku dan majalah dulu. Nak baca, ketika menunggu Cdm demo nanti. Aku je keluar. Cdm tunggu dalam kereta.
Lepas tu. Singgah pula Masjid Negara. Solat Zuhur. Jam 2.30 petang. Lepas tu terus ke Jalan Duta. Sampai awal. Jam 3.15 dah sampai. Appt jam 4. Tapi boleh jumpa terus. Senangkan. Kat situ kami berada sehingga jam 5.15 petang. Aku tunggu dalam kereta. Aku turun, ketika nak solat Asar. Kena masuk Komplek juga. Selesai urusan. Balik Puchong Jaya. Dah 5 lebih. Jalan jam 'giler'. Tersengguk-sengguk. Sampai di stesen Petron Highway KL- Seremban. Dah 6.20 petang. Isi petrol & isi perut. Lama juga kat sini. Lagi lama bila Cdm Suhaili & Cdm Sazali join sekali. Mereka dalam perjalanan menuju Johor Bahru. Dah 4 hari berada di luar kawasan. Jam 8 baru bergerak balik. Banyak sembang. Lama tak jumpa. Sibuk dengan aktiviti masing-masing. Apa yang ingat ialah, mesti banyak saving dan bina network semula.
Sampai rumah jam 9 malam. Main dengan anak-anak. Lepak & rehat & Tidur.
Hari ini, akan bergerak ke Kluang pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan