Selamat pagi. Berjumpa lagi dan lagi dan lagi. Harap aku tak jemu-jemu menulis. Harap aku tak putus-putus idea. Harap aku masih cek kat.
Bertambah sehari umur. Berkurang sehari juga umur yang tinggal. Sifirnya mudah. Sesaat bertambah umur, sesaat juga berkurang umur yang tinggal. Cuma kita tak tahu bila, akan dipanggil untuk menemui Pencipta. Paling penting bersedia. Bersedia, bekalan untuk ke sana. Apa bekalan? Amal soleh.
Jam 9.55 pm. Pesawat MH 2707 mendarat di KLIA, dari Sandakan. Terbang dari Sandakan sepatutnya jam 7.10, tetapi sedikit lewat. 5 minit selepas itu pesawat berhenti di terminal, Gate A3. Ambil bagasi terus keluar. Cdm Inda sedia menanti. Katanya sebelum jam 9 dah sampai. Lama menanti.
3 hari 2 malam, kami berada di Lahad Datu. Kami bertolak dari KL hari Jumaat dan balik malam Ahad. Masa pergi, turun di Tawau. Masa balik, naik di Sandakan. Lahad Datu ni ditengah-tengah antara Tawau dan Sandakan. Jarak kedua-duanya lebih kurang sama je. Lahad Datu -Tawau lebih kurang 150 KM. Lahad Datu Sandakan, lebih kurang 180 KM. Jalan Lahad Datu- Tawau lebih elok kalau nak dibandingkan dengan Lahad Datu - Sandakan.
Dari Tawau ke Lahad Datu naik teksi. Cdm Roshila yang uruskan. Tambangnya aku tak tanya pula. Semalam dari Lahad Datu ke Sandakan, juga naik teksi. Kami bertolak dari hotel penginapan jam 2 petang, sampai Airport Sandakan jam 5.20 pm. Semalam tambangnya kami yang bayar. RM200. Murah ke mahal. Aku rasa berbaloi, dengan jarak, masa dan keadaan jalan serta balik ke Lahad Datu tanpa penumpang.
Dua orang kuat Cdm Roshila di Lahad Datu. |
Lahad Datu terletak di Daerah Tawau. Populasinya 156,059, ikut kajian 2000. Sekarang ni mungkin dah bertambah. Wow! Luas lagi la pasaran BVSM.Bandar Lahad Datu, terletak di Darval Bay. Kelapa sawit dan koko. Tapi koko dah tak banyak. Dah bertukar kepada kelapa sawit.
Lebih 150 orang hadir pada acara Hari Bio Velocity. Ketua Daerah, datang rasmi dan tunggu sampai habis sesi testimoni. Tandanya orang Lahad Datu, memang positif dan boleh terima kehadiran BVSM. Bukan setakat hadir, sanggup tunggu sampai habis acara. Sampai cabutan bertuah.hihihihi. Ada yang terus beli. Tak bawa duit, esoknya beli. Ada yang sisi borang. Ada juga yang berminat untuk sama-sama buat biz.
Kelas khas diadakan selepas acara Hari Bio Velocity. Kasi ajar demo. Kasi ajar MP. Kasi bakar. Buang takut, ganti berani. |
Nora. Salah seorang leader Lahad Datu. |
Sebaik saja sudah breakfast. Terus jumpa prospek. Rumah prospek tu belakang warung kami breakfast. Demo yang tidak dirancang. |
Nora ambil kami gi breakfast semalam. Sebelum tiba di hotel. Hantar dulu BVSM. Memang 'gile'. Ada rakan kongsinya nak bawa ke Semporna. Lepas breakfast, ada lagi yang nak BVSM. Cash!Cash!Cash! Pintu-pintu rumah orang Lahad Datu telah terbuka buat BVSM. Cuma anda perlu jumpa mereka sahaja. Ketika kami nak check out, berselisih dengan Cdm Roshila, lepas demo dan ada demo lagi. Berjujuk-jujuk demo.
Cdm Kartini petah berbicara kebaikan BVSM. Rumah pertama. |
Rumah ke-2 kami kunjungi. Rumah pertama aku tak ikut. Breakfast belum khatam lagi. |
Ralit dengar perkongsian BVSM. Keputusannya. Petang hantar, petang bayar. |
Gambar terbaru dari Wall Cdm Roshila. Wow! banyak tu. Cash lagi. Macam goreng pisang panas. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan