Bertemu lagi. Dah selasa. Ramai yang kepanasan, sejak habis Seminar Sales Conqueror ATM. Tahniah bagi yang hadir seminar, terus bertindak seperti yang diajar. Kalau anda tangguh, andalah yang akan rugi. Skill makin diasah semakin hebat/ tajam. Terus buat. Terus bertindak. Terus guna.
Semakin enjoy. Semakin seronok. Seronok setiap saat. Seronok setiap minit. Seronok setiap jam. Seronok setiap hari. Seronok setiap minggu. Seronok setiap bulan. Seronok sepanjang tahun. Seronok sejak kami bersama Akademi Taipan181.
Hari ini pun kami seronok. Pagi-pagi dah hantar anak ke sekolah. Sebelum keluar tadi, aku dah pekena dulu BBplus. Selalu minum. Kadang-kadang terlupa juga. Kadang-kadang terlupa satu hari. Ada juga terlupanya sampai satu minggu.hi!hi!hi! Kena jadi rutin balik. Tumit kaki, pecah semula. Bila kena air, pedih. Aku perasan, bila aku minum BBplus. Pecah-pecah tu akan hilang.
Hantar anak ke sekolah. Lepas tu vrooooom ke BBB. Hantar Cik Moh & Amzar.Mereka ikut hantar Baby sekali. Cik Moh ada sedikit urusan di rumah Cik Ah. Urusan pembantu kedai makan yang dia bawa hari tu. Semalam ada krisis dengan menantu tokey. Jadi semalam, pekerja tu tidur di rumah Cik Ah.
Hantar mereka. Aku terus balik. Malas nak berhenti sarapan di mana-mana kedai. Nak sarapan kat rumah je. Lagi pun aku sorang. Sedap nasi belauk kat Kedai Teganu lagi.
Aku sampai rumah je. Cdm Kartini dah bersedia nak keluar. Public Bank. Masuk duit.hi!hi! Sebelum ke Public Bank, singgah kedai teganu dulu. Beli nasi belauk. Dah habis. Nasi kerabu je yang tinggal.
Balik dari Public Bank. Melantak nasi kerabu. Lepas tu, keluar lagi. Kali ini ke Fakulti Ekonomi, UPM, Serdang Selangor. Rakan kongsi lama. Nak tukar PB. Bila dah jumpa. BVSM mesti tunjuk. Ada juga yang berminat selepas tengok demo. Esok hantar barang.
Dari Fakulti Ekonomi. Aku menapak ke Kedai Buku Koperasi UPM, melalui celah bangunan. Segarkan mata. Tengok-tengok buku. Mana tahu ada yang menambat hati. Memang dalam hati dah niat. Nak beli buku. Bajetnya mesti kurang RM30.
Dah dapat buku. Aku menapak semula ke Fakulti Ekonomi. Kereta kami parkir kat tepi jalan dekat dengan fakulti. Masih awal lagi. Cdm Kartini belum call lagi. Sempat lepak santai di kaki lima bilik komputer jabatan fizik. Kat situ ada banyak kerusi & meja untuk student rehat dan menelaah sambil menunggu kelas. Masa aku belajar dulu. Kat situ tak ada kerusi & meja pun.
Bila Cdm Kartini siap. Kami bertolak balik. Appt jam 1 tengahari tak jadi. Kami pun melantak dulu. Kembangan Cafe, depan Balai Bomba Seri Kembangan. Murah sangat. RM18 sahaja. Nasi air, sup tulang, ikan kembong bakar, ikan keli masak lemak, hati lembu, telur masin, ikan kering, nasi putih.
Dari situ, vrooooom ke stokis Ng. Ambil BVSM. Sat lagi ada rakan niaga nak. Kami ikut jalan bypas Sungai Besi-Puchong. Singgah solat Zuhur di Stesen Minyak Shell, depan Taman Bukit Jalil.
Sampai stokis jam 2.04 petang. Urus pengambilan BVSM. Nasib baik stok BVSM baru sampai. Lori masih tercokoh kat situ lagi. Dari situ kami ke Bank Rakyat Bandar Puteri. Tunggu rakan kongsi, datang nak tandatangan loan. Mereka datang lepas sekolah. Kami sampai awal, jadi sempat minum dulu di OldTown Kopitiam Bandar Puteri dulu.
Tiga rakan kongsi dari satu sekolah. Dua dah selesai. Satu lagi dalam proses. Sekejap je. Tunggu transfer duit je sekarang. Sebenarnya tanggungjawab selepas ini lagi besar dan berat. Nak menjayakan mereka. Nak jadikan mereka SSM pada bulan ke-2. Bulan ke-3, jadikan mereka DSM pula. Atas kertas nampak mudah. Realitinya susah. Walaupun susah, ramai yang jadi. Bila ada orang dah jadi seperti itu. Tak mustahil ketiga-tiga mereka tu akan jadi.
Salah seorang dari mereka. Dulu dah pernah masuk. Siap Ssm bulan pertama lagi. Berminat nak buat, tapi uplinenya sentiasa sibuk sehingga tak ada masa untuk dia. Jadi mati setakat itulah. Kemasukan kali ini, harap boleh bayar dana dulu lagi cepat.
Paling penting. Kena duduk dengan mereka. Terangkan gerak kerja yang wajib mereka ikuti. Kalau mereka ikut, kerja kami jadi mudah. Mula-mula sekali, senarai nama. Tak boleh tidak. Wajib ada. Bila dah ada, baru setkan appt. Tak kira bila. Lepas sekolah & malam. Kami bersedia membantu.
Sebelum aku terlupa. Pagi tadi juga aku dapat berita. Ada seorang lagi leader yang dah lepas wawasan. Wow! ternyata luar biasa hebat. Aku yakin, ada lagi leader-leader yang lepas wawasan bulan ini. Bukan mereka berdua je.
Nak capai. Kerja awal-awal. Jangan tunggu bonus masuk dulu, baru nak gerak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan