Jom Follow

Rabu, 13 Februari 2013

Travelog BVSM Kluang.

WOO! Aku kembali lagi. Aku masih hidup. Aku masih bernyawa. Aku masih bernafas. Aku masih bernafsu. Aku masih mampu menulis. Aku masih sayang blog ini. Aku masih suka blog ini. Aku masih ada masa update blog ini. Aku masih ada idea. Aku masih ada kisah untuk dikongsikan. 

Bercuti selama lima hari. Tak catat apa-apa selama 120 jam. Entri terakhir 8/2/2013. Entri terakhir, hari Jumaat. Hari ini dah rabu. Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan hari ini, aku tak post apa-apa entri. Sory!Sory! Ada yang sedang tunggu. Ada yang ternanti-nanti. Ada yang termimpi-mimpi, sedang baca aku punya blog. hi!hi!hi!hi! Jangan dok perasan. Ada orang baca blog, dah kira untung. Ada orang follow blog dah kira ok.

Ok!Ok!Ok! Orang baca. Orang tak baca. Orang follow. Orang tak follow. Itu tak penting. Paling penting aku masih menulis. Aku masih konsisten menulis. Aku masih ghairah menulis. Terhenti tu bukan apa. Balik kampung. Line tak ok. Jadi susah nak update blog. Itu sebabnya blog aku tak ada apa-apa penambahan. Balik kampung Jumaat malam dan kembali ke KL hari Isnin malam. Sampai subuh hari Selasa. Jadi Selasa tu, aku bayar hutang tidur. Semalaman tak tidur. Hari ini pula, pagi-pagi lagi Vrooooom ke Kluang. 5.15 pagi dah meredah kegelapan menuju Selatan.

Biarlah aku mulakan catatan ini, kisah hari ini. Kena tulis. Kalau tak tulis. Lupa. Bila lupa, rugi besar. Sejarah bina biz hilang begitu sahaja. Hari ini, macam tak berharga. Bila setahun dua berlalu, ianya benar-benar berharga. 

Hari ini, kami ke Kluang. Hantar BVSM. Jumpa 1,2 prospek. Syukur. Matlamat tercapai. Jam 4.20 pagi, aku dah tersedar. Siap-siapkan diri. Jam 5.15 pagi bertolak. Naik Myvi sahaja. Mercedes Aircond ada masalah. Bila naik Myvi, tak boleh nak agak, jam berapa boleh sampai. Jam 9 pagi wajib sampai Kluang. Jadi kami ambil langkah selamat. Keluar seawal pagi yang boleh. Urusan Baby, kak ngah yang akan hantar ke sekolah.

Berhenti solat Subuh, di R & R Air Keroh. Sarapan kat situ. Kueh tiew goreng & Telur sambal. Cdm Kartini, pilih roti bakar & milo kosong. Kueh tiew ok, tapi telur sikit bermasalah. Telur tu dah lama. Dah macam bola getah. Liat yang amat. Sah-sah telur rebus tu dah lama. Aku pun silap. Dah nampak, hanya ada sebiji telur sambal. Kenapa minta juga. Kalau dah sebiji, dah tentu paling kurang semalam punya. Mana ada orang masak sebiji je. Mesti yang tak habis. Lagi pun masa tu masih awal pagi. Baru je subuh.hi!hi!hi! terkena aku.

Lepas situ, kami vrooooom ke Kluang. Sampai sana, jam 8.30 pagi. Sarap dulu di Kluang Railstation. Roti bakar dan segelas kopi, jadi pilihan aku. Cdm Kartini pilih roti bakar & telur ayam kampung separuh masak & kopi. Sementara tunggu makanan sampai, belasah dulu nasi lemak.

Jam 9 kami sampai rumah CM. Kawan Cdm Kartini semasa belajar di UPM dulu. Urusan BVSM. Sebaik je kami sampai. Kawan CM juga sampai. Nak ambil BVSM. Nak cepat, tak sempat sembang lama. Demo dah tengok.

CM hidang kami dengan mee sup. Sikit-sikit aku mencengkik. Lepas tu, kami ke Sekolahnya. Hantar BVSM. Kerani sekolahnya. Tapi tak ada. Gi klinik. Kami tinggal je. Ramai staf & guru sekolah CM dah tengok kehebatan BVSM. Jadi hari ini, hantar gitu pun dah ok.

Dari sekolah. Kami Vroooom ke rumah ayah & ibu CM. Nak kejar, orang mengaji. Rupa-rupanya hari ini ramai cuti. Tak mengaji. Tak ada masalah bagi kami. Hal-hal sebegini dah selalu jumpa. Dah tak jadi kudis buat kami. Lain kali pula. Ujian Allah untuk lihat setakat mana kami sabar. Kat situ Cikgu Naza sampai. Ambil BVSM lagi.

Jam 1 lebih kami beredar dari rumah ayah & Ibu CM. OOOOPS! Sebelum terlupa. Kat situ, kami jumpa dengan adik CM. Adiknya dah join dulu. Zaman Bio Aura. Hingga kini, masih ada. Belum terjual. Tanya- punya tanya. Uplinenya dari Pahang. Setelah transfer duit, terus hilang. Tak ada bimbingan, susah nak buat biz. Jadi terbantut. Kali ini, kami tunjuk kehebatan BVSM. Berminat. Nak join. Aku tengok, adik CM, boleh berjaya. Jiwa kental & tabah. Berani ambil risiko. 

Hantar CM. Tunggu CM print slip gaji adiknya. Nasib baik. Masih boleh ambil dana. Masih boleh ambil 16 BVSM. Kalau dapat, 3,4 BVSM yang sudah terjual tu jadi miliknya.

Bertolak balik KL. Malas nak ikut highway plus. Saja nak ikut laluan lama. Nak rasa kelainan. Kami bergerak ke Batu Pahat. Sebelum sampai Universiti Tun Husssein Onn, kami makan dulu. Asam Pedas Ani Parit Jawa. Kami kepala ikan jenahak.  Ikan lain tak ada. Kedai orang Kelate, bersuamikan orang Johor.

Dah kenyang. Kami sambung kembali perjalanan menuju KL. Tapi menyinggah dulu di Pasific Batu Pahat. Saja-saja singgah. Santai-santai je. Malas nak drive terus. Lagi pun malam nanti, dah tak ada appt. Cdm Kartini selesaikan urusan Tab Galaxcynya.  Aku cari kedai buku. Popular juga ada kat sini. Beli juga sebuah buku.  Tambah koleksi buku dan tambah ilmu.

Selepas tu, bergerak lagi. Masuk bandar Batu Pahat. Terlepas simpang ke Muar. Jauh sikit jalannya, menuju jalan menuju ke Muar. Masuk highway kat Tangkak. Jauh 'gile'. Boring aku bawa kereta. Boring-boring pun, dapat pengalaman baru. Dapat lihat pemandangan baru. Tahu jalan lain menuju KL.

Aku drive sampai Hentian Rehat Senawang. Mengantuk yang amat. Lepas tu tukar driber. Cdm Kartini bawa sampailah Stesen Shell Bypas Puchong. Solat kat situ. Lepas aku drive semula. Dah kembali bertenaga. Dapat juga aku terlelap sejam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger