Singgah sini dulu. Sebelum vroooom ke KL. Pekena dulu ikan bakar. Adik ipar aku ajak. Dia dah tunggu kat sini. Tuan kedai ni, kawan dia semasa belajar dulu. Kedai ini cawangan ke-2. Baru lagi buka. Mula berbiz ketika cuti Tahun Baru Cina.
Super Top. Menu utamanya ikan bakar. Lain-lain menu pun ada. Sup, tomyam dan banyak lagi. Buat peminat/penggembar ikan bakar, boleh datang sini untuk merasai kesedapan ikan bakarnya. Paling aku suka, sambal ikan bakarnya. Memang sedap.
Lokasinya ialah Tanjung Lumpur, Kuantan. Lepas je jambatan tu, terus belok kiri. Masuk sikit je dah nampak restorannya. Tepi jalan. Kelebihannya parkirnya mudah. Restorannya luas, boleh muat 1000 customer satu-satu masa. Kelengkapannya bagus. Tandas & surau cantik.
Dulu lokasi Super Top ni paya je. Tapi kini langskapnya dah berubah jadi tempat makan. Aku tertarik dengan imginasi dan keberanian untuk tokey kedai. Atas keberaniannya paya jadi kedai makan. Berani melabur. Dah habis RM400K untuk jadi seperti hari ini. Duit kecil tak keluar, mana mungkin duit besar nak masuk. Orang yang positif je yang berani bertindak. Bukan setakat berani, pengalaman juga penting untuk mengorak langkah lebih jauh.
Biz, jatuh bangun tu biasa. Biz yang tak pernah jatuh tu luar biasa. Biz kedai makan, ada kalanya ramai. Ada ketikanya tak ramai. Ada ketikanya banyak masuk. Ada kalanya sikit masuk. Paling penting berikan servis terbaik kepada setiap pelanggang. Bila servis baik, In shaa Allah customer akan datang lagi. Bukan setakat datang. Buat promosi lagi. Bagitahu kat kawan-kawan.
Aku sampai semalam awal lagi. Customer tak ramai. Cepat dapat. Kalau ramai, aku tak pasti. Tapi dah adat ikan bakar. Lambat sikit. Cepatkan tak masak pula ikan tu. Nak makan ikan bakar, kena banyak-banyak bersabar.
|
Super Top. |
|
Super Top |
|
Super Top. |
|
Super Top. |
|
Macam-macam ikan ada. Pilih mana yang bekenan. |
|
Nifa & Tokey kedai. Masih muda. Tapi berani buat. Bukan calang-calang kedai. |
|
Melantak sebelum balik. Ikan bakar dan sup ekor. Tak jadi singgah di Temerloh. |
makanan kat super top neh mmg tervaek ...
BalasPadambangga sangat bila member berjaya .....caiyook sopi