Jom Follow

Sabtu, 16 Februari 2013

Flyers Aku Dapat.

Entri kali ini tak penting sangat. Tapi kalau anda baca pun ok juga. Mana tahu dapat inspirasi darinya. Kalau tak dapat pun tak apa. Bukan perlu lama pun baca entri ini. Tak sampai satu minit baca, dah boleh habis. Dah habis tu, dah tak payah ulang lagi.

Kerja orang berniaga. Kerja seperti ini kena buat. Kalau tak buat boleh. Tapi kalau buat lagi baguskan. Edar flyers. Semasa orang berpusu-pusu keluar masjid selepat solat Jumaat. Aku jumpa ni, semalam. Semasa aku solat Jumaat di Masjid Negeri, Kuantan. 

Ada dua group. Satu pintu masjid. Satu lagi pintu pagar masjid. Setiap orang yang lalu, mesti dihulurnya flyers. Orang buang, apa mereka kisah. Mereka edar pun bukan sikit. Boleh jadi mereka ini dibayar gaji untuk edar flyers. Itu semua aku tak pasti. Nak buat kerja ini, mesti tak malu. Tak semua orang boleh buat. Kalau setakat letak flyers kat kereta dan peti surat kat rumah, semua orang boleh buat.
Akademi Usahawan???
Part TIME punya kerja.hi!hi!hi!
Aku ambil, bila dihulur. Nak buang juga mula-mula. Tapi sayang juga. Nak baca dulu apa yang mereka promote. Simpanlah juga. Bagi aku, orang biz MLM je yang selalu buat gini. Kalau bukan MLM, mesti pelaburan. Masuk sekali, tunggu bulan-bulan duit masyuk.

Ada orang kata, flyers ni cara lama. Dah tak pakai. Dah tak berkesan. Dah tak jalan. Orang dah muak. Orang dah tak layan. IT je orang pakai sekarang. Tapi bagi aku, semua boleh pakai. Asalkan rajin je. 

BVSM pun masih ada flyers. Beritahu orang ramai, keberkesanan BVSM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger