Jom Follow

Rabu, 20 Februari 2013

Biz Hari Rabu.

Bersyukur. Masih boleh bernafas. Masih hidup hingga saat ini. Masih boleh buat amal. Masih boleh bersantai-santai dengan anak-anak. Masih boleh berbiz. Masih boleh share BVSM. 

Macamana prestasi anda hari ini? Ada berapa demo? Jumpa berapa orang prospek? Ada closing hari ini?  Bagaimana pula dengan semangat anda hari ini? Masih terbaik hingga saat ini. Ada rejection ke hari ini?

Pagi tadi, kami terjumpa dengan Cdm Ah Hock di store Hai-O Marketing di Jalan Kapar. Kami ke sana, nak ambil short bra. Cdm Ah Hock, ambil BVSM. Seketika cukup untuk suntik ilmu dan semangat. Cdm Otai. Dah lama buat biz. Untuk capai tahap Otai bukan mudah. Paling utama mesti lama berniaga. Ini paling penting. Dah la lama, berjaya pulak tu. Berjaya dan sudi membimbing generasi baru. Tak kedekut ilmu. Ilmu pun mesti update dan paling penting secocok dengan biz MLM. Tak semua ilmu konvensional boleh pakai dalam biz MLM. Jadi Cdm Ah Hock sentiasa beri yang boleh pakai sahaja. Cdm Ah Hock, sentiasa beri ilmu yang mudah untuk diikuti. Senang diduplikasikan.
Subang Airport.

Cdm Ah Hock buat biz MLM, sejak dulu. Dah bersama Hai-O Marketing dah cecah 20 tahun. Sebelum itu pun Cdm dah buat biz MLM. Muda dengan MLM, tua bersama MLM. Mati pun barangkali sekita biz MLM.
WOW! Redland. Adakah sama yang aku tahu..
Cuba tanya Cdm Ah Hock. Tak ada cabaran ke? Tak ada pahit ke? Tak ada sedih ke? Tak ada murung ke? Adakah yang manis-manis sahaja ke sepanjang 20 tahun buat biz. Tentu tidak. 

Pengalaman kami bertahan selama 13 tahun. Suka duka silih berganti. Tak semuanya manis. Tak semuanya masam.Tapi kami tabah hadapinya. Cabaran pasti ada. Cabaran nak uji ketahanan dan kebijaksanaan kita tanganinya. Nak uji kekuatan mental sahaja. Sedang asyik berniaga. Cabaran boleh muncul. Meniaga sedang naik, tiba-tiba ada masalah. Jadi kena bagi masa juga untuk selesai masaalah tersebut. Terbantut sikit biz. Tapi lepas tu naik semula. Asalkan jangan berhenti buat. Jangan berhenti cari jalan.

Itu destinasi kami pagi tadi. Store Hai-O Marketing. Dari Jalan Kapar, Kelang. Kami bergerak ke Subang Airport. Kami ikut NKVE. Beli tiket flight. Nak ke Sandakan, pada Jumaat ini. Turun ke sana sempena Hari Bio Velocity. Cdm Roshila yang anjurkan. Kami turun, sebagai tanda sokongan kepada Cdm Roshila. Sepatutnya lama dah beli, tapi asyik duk bertangguh-tangguh. Dah lewat, harga tiketnya lebih mahal. hu!hu!hu!

Dari Subang, bergerak ke UPM. Hantar short bra, BVSM dan PB. Sambil tu, cucuk-cucuk sikit. Cucuk apa? Cucuk ambil pakej. Nampak macam berminat. Harap-harap minatnya itu kekal sampai kami balik Sabah nanti. 
Makan tengahari di sini. Boleh tahan juga asam pedasnya. Boleh singgah lagi kat sini.
Tak lama di UPM. Hari ini hantar barang je. Sepatutnya kami ke KL dulu sebelum ke UPM. Tapi dah tak jadi apptnya itu yang langsung ke UPM. Selesaikan urusan hari ini. Lepas tu, kami balik rumah. WOW! awal sikit rehat hari ini. Tapi sebelum tu, melantak dulu. Restoran dalam Taman Bukit Jalil.

Balik rumah.Tidur sekejap. Jam 6 petang aku masuk opis pulak.

Makin belajar, makin seronok.

Malamnya teman baby buat latihan UCMAS Mental Arithmetic. Sempoa. Aku juga dok belajar jugok. Kalau tak belajar macamana nak ajar anak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger