Bertemu. Awal pagi. Sebelum sarapan. Harap semua sihat. Semua sejahtera. Semua gembira di hari ini. Semua semakin berseri-seri.
Semalam. Jam 5 petang. Bersama Cdm Kartini, Cdm Yan & Ddm Nizam. Kami ke rumah DDM Jajau. Lokasi rumahnya Desa Pinggiran Putra. Tak susah nak cari. Tapi pusing-pusing juga.
Mula-mula aku hantar Cdm Kartini kat rumah Ddm Jajau. Aku vrooooom ke MPH Alamanda. Cari buku. Sebelum tu solat Asar dulu. Ingatkan nak lama kat Alamamda. Tapi memandangkan orang ramai sangat. Aku cabut awal. Lewat-lewatkan nak keluar kena queue panjang. Kembali semula ke rumah Ddm Jajau. Aku ingatkan sekejap, rupa-rupanya sampai Isyak belum blah lagi. Panjangnya kisah yang dikongsikan.Prospek pun balik, dekat-dekat Maghrib. Prospek tu sebelah rumah je.
|
Demo BVSM. |
|
Bincang MP BVSM. |
|
Minum & sembang kehebatan BVSM. |
|
Lepas solat Maghrib sambung lagi...Kena pula nasi impit & rendang ayam. Wow! |
as
|
Banyaknya & pelbagai jenis ada. Jual ke? |
|
Kat sini lagi banyak... |
|
WOO! teruja. Rugi tak buat koleksi. |
|
Dalam ni pun ada lagi. |
Petang semalam, cukup teruja. Tuan rumah masih mahu berniaga. Ada impiannya hanya boleh dicapai bila buat sesuatu. Tak boleh capai dengan kerjanya sekarang. Mengenangkan pernah buat biz bersama ATM181, apa salahnya teruskan semula. Kembalikan kegemilangan lama. Tak mustahil lebih hebat lagi. Lebih laju lagi. Lebih besar lagi. Lebih booombang lagi. Tak siapa yang boleh halang mereka berjaya.
Aku doakan momentum mereka kekal sehingga sehingga tawan puncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan