Bertambah satu hari. Berkurang satu hari aku punya umur. Semakin dekat mati. Pergunalah sisa-sisa masa yang masih ada, dengan berbuat sebanyak-banyaknya bekalan untuk ke sana. Dah sampai sana, tak ada peluang untuk kembali semula ke dunia untuk buat amal kebajikan.
Semalam pagi masih di KT. Malamnya sampai ke USJ Taipan. Ikuti kelas. Cas bateri. Penuhkan momentum. Lepas kelas, baru balik rumah. Sampai rumah, anak-anak dah tidur. Dah jam 11.30 malam masa kami sampai. Kami pun zzzzzzzz.
Pagi selasa. Sambut subuh di KT. Aku bangun awal. Tidur pun awal. Sebelum jam 10 malam aku dah hanyut.
Jam 7.20 pagi. Bersiap-siap. Nak gi sarapan. Nasi dagang Manir. Tempat biasa. Kat hotel ada sarapan. Tak nak. Tak puas. Nak nasi dagang juga. Beria-ria. Syok tak terkata. Terbayang-bayang nasi dagang. Seketul ikan aya. Lembab dengan kuahnya. OOO! bestnya. Saat yang dinanti-nanti. Tapi bila sampai sana. Tutup rapat pintu. Tutup kemah kemin. Tak ada seorang pun. Nak luruh jantung. Kecewa. Tapi aku selalu ingatkan, kalau beria-ria nakkan sesuatu, selalunya kecewa yang dapat. Nasib baik. Kedai seberang jalan buka. Kat situlah aku mengcekik. Sedap jugakkkk.
Pasar Payang sebelum jam 10 pagi. Lengang lagi. Mudah dapat parkir. |
Pasar Payang berada di Jalan Sultan Zainal Abidin. |
WOO! Pasar Payang. Nak cari tempat minum pun susah. |
Setelah mencekik sakan. Malu juga kat orang. Tengok-tengok kami mencekik. Tiga kali minta nasi. hi!hi!hi! Kami pun bergerak ke bandar. Tak terus balik hotel. Tapi ke Pasar Payang dulu. Mem nak beli keropok. Itu satu kemestian. Sampai pasar jam 9 lebih. Tak ramai yang buka lagi. Nak parkir keta pun senang. Mem masuk pasar. Aku cari paper. Dah dapat paper cari kedai kopi. Tak ada yang dekat. Tak jadi baca paper kat pasar. Alih-alih aku ukur jalan.hi!hi!hi!
Minum sahaja. Saja-saja lepak kat cafe. Nak menelaah paper. |
PB & BVSM. Pikat warga Unisza. |
Lepas tu. Balik hotel. Aku baca paper, di cafe hotel. Nak sarapan, dah takleh masuk. Kenyang yang amat. Minum je lah gamoknya. Mem sekali lagi ke Unisza. Uruskan customer semalam. Mana tahu, ada tambahan. Hampir dua jam juga.
Sempat juga tinggalkan sebuah buku di Dusun Buku. |
Jam 12 lebih Mem balik. Kami bergerak ke KL. Singgah dulu di Dusun Buku. Lihat koleksi buku dan ambil semangat. Aku nak kumpul buku sebanyak-banyaknya. Dengan biz ini, income dapat lebih. Dapatlah penuhi cita-cita aku. Nak punya koleksi buku. Dapat penuhi masa bersama buku-buku. WOW! Indahnya hidup dapat bersama buku.
Sebahagian koleksi Dusun Buku. |
Lepas Dusun Buku, singgah makan tengahari pulak di Kedai Makan sebelum jambatan Kuala Ibai, sebelah cuci kereta. Nama tempatnya aku tak pasti. Tak pernah berhenti kat sini. Semalam pun, ingatkan nak terus, tapi bila tengok kereta berderet tepi jalan. Teruja kami dibuatnya. Terus brek, walaupun sedikit terlajak, Menapak ke belakang. Nampak lauk-lauknya macam biasa. Tapi bila kena ikan korenge bakar. WOW! Ikan segar. Sampai tiga ekor mengcekik. Tak rugi. Dapat merasa ikan segar. Lain sakan dengan yang kami beli di Pasar Borong Selangor.
Lepas mencekik. Kami teruskan perjalanan. Tapi singgah dulu. Solat di Masjid Rusila. Ada kebakaran. Asrama lelaki. Sempat menderma. Pelajar dibenarkan balik. Ini kali ke-2 aku singgah sini. Lama dulu. Kali ini sempat naik ke tingkat atas. Tempat belajar.
Singgah sekejap di Dungun. Kawan tunggu depan Bank Rakyat. Nak ambil 2 bio aura. Tak boleh lama. Bagi terus bergerak. Lorat. Lewat, tak sempat kelas pulak.
Lepas tu, perjalanan lancar saja. Tak berhenti, sehingga sampai ke SK Cherating. Titipkan flyers BVSM pada DSM Da. Dia datang pada Hari Bio Velocity. Itu jadi 'giler'sikit. Tak sabar nak share dengan kawan-kawan.
Dari Kuantan, sanggup turun ke Dewan MCA KL. Semata-mata nak tengok keajaiban penggunaan BVSM. |
Tak jauh dari SK Cherating, kami dah masuk highway menuju ke Plaza Tol Jabor. Mengantuk. Teruskan juga. Lawan sikit mengantuk. Kat Kemaman dah minum Red Bull. Tapi makin lama, makin kuat. Tak terlawan.
Tak tahan sangat. Terpaksa tukar drebar. Aku dah kena tidur. Kalau tak tidur, bisa membahayakan kami.
Rehat di R & R Gombak. Makan durian. Sambung perjalanan lagi. Aku pula, jadi drebarnya. Menuju USJ Taipan. Kelas dulu. Baru kelik ke rumah.
BVSM cash tu... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan