Bertemu lagi. Hari ni dah nak habis. Dah nak masuk hari baru. Baru nak post entri baru. Tak apa. Asalkan masih hari ini.
Aku dah rancang. Nak menulis belah petang. Belah pagi nak rehat. Tapi lain pula jadinya. Pagi sarapan. Lepas tu keluar. Petang kena bergerak ke Kuantan. Tak sempat nak menulis.
Bila dah niat nak menulis. Malam ni kena menulis juga sebelum tidur. Hihihihi.
Hari ini. Nak rehat. Tapi panggilan biz. Tukar plan. Kena kerja juga. Kenapa nak rehat? Penat. Drive pergi dan balik Kluang. Masa pergi, ok. Tak ada masalah mengantuk. Bila balik. Mood menghampiri 0. Pikir punya pikir. Masa pergi Kluang. Dalam kereta ada 3 BVSM. Masa balik dah tak ada. Itu yang jadi tak bermaya.
Begitu juga tengahari tadi. Mengantuk yang amat. Tapi bila memandu ke Kuantan. Ok je. Mengantuk tak rapat. Kami bawa BVSM.
Sampai Kuantan jam 10.30. Kami masih ok. Masih boleh minum-minum lagi.
Pagi tadi. Saja vroooom ke Putrajaya. Sarapan. Presint 16. Dah lama tak ke situ. Rindu rasanya. Sempat jumpa kawan. Cikgu Osman. Ada kawan, buat teman. Dia pun sorang-sorang juga. Lama juga sembang. Tak leh terlalu lama. Dia dalam kerja. Aku ke sana sorang, Cdm Kartini temankan Cdm Kuyah ke Pasar Borong Selangor. Beli apa yang patut untuk kenduri hari sabtu.
Jam 8.30 pagi. Kami berpisah. Dia nak masuk opis, aku balik Puchong.
Sampai rumah. Baca Harian Metro dulu. Habis tu, aku keluar. Cari The Star dan Harakah. Sempat habis Harakah je. Cdm Kartini dah biz. Ada 3,4 hal yang perlu diselesaikan. Pos PB ke Pekan, Pahang. Ambil BVSM dengan kawan kat BBB. Hantar BBplus di Putrajaya.
Selesai semua, sekitar jam 2.30 petang. Aku balik rumah. Tidur sekejap. Bagi tenaga. Bagi mood positif.
Kat rumah dah tak ada orang. Semua pergi rumah Cdm Kuyah. Tolong apa yang patut.
Jam 5. Bangun. Siap-siap nak ke Kuantan. Esok ada biz kat sana. Keluar rumah jam 5.40. Sangkut juga. Ingatkan tak sangkut. Ramai masih cuti. Sampai Temerloh jam 8. Pekena patin tomyam. Sambung dan sampai Kuantan jam 10.30.
Check in hotel. Minum & melantak satay zul recipe. Boleh tahan juga.
Syok bila sibuk. Tak ada masa dok saja-saja. Ada je kerja. Demo. Kutip dokumen. Hantar dana. Transfer duit. Hantar barang. Sejak BVSM muncul. Semakin sibuk. Ramai rakan kongsi baru. Rakan kongsi lama nak buat balik. Rakan niaga semakin ramai. Nasib baik juga, rakan kongsi lama senang dapat skill. Ajar sikit, dah konfiden buat sendiri.
Kalau kita tak cakap apa-apa semasa mereka berehat dulu. Mereka datang balik. Tapi kalau kita kata sesuatu yang menyakitkam hati mereka. Mereka tak akan datang semula. Kena zip mulut.
BVSM. Beri hayat baru. Beri impian baru. Ramai dah bangkit balik. Selamat Datang. ATM181, alu-alu kehadiran semula anda. Jom sama-sama kita cipta kejayaan & kekayaan bersama. Jangan ada seorang pun yang ketinggalan.
2.5BVSM &1 tiket ke Shanghai....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan