Ini juga salah satu perniagaan. Ini juga usahawan. Ini juga kerja sendiri. Masa ditangan sendiri. Kat mana nak bekerja pilihan sendiri. Tak dengar teriakan boss. Tak sindiran sahabat. Tak alami politik pejabat. Nak lebih, mesti kerja lebih.
Cuba perhatikan foto ini. Kat belakang tu. Siap ada penimbang. Ini mesti beli besi punya. Bukan sekadar kuti/cari besi buruk.
Nampak macam ni, kita tak tahu cerita sebenarnya. Mana tahu dah jutawan. Mana tahu dah punya store. Mana tahu dah miliki lesen menjual barang lusuh.
Kalau belum berjaya. Marilah sama-sama kita doakan agar suatu hari nanti dia berjaya dengan kerjaya pilihannya. Selagi kita tak putus asa, selagi itu kita berada atas landasan kejayaan,
Kami snap foto ni semalam. Semasa kami nak ke Jalan Duta. Selepas NPE, Jalan Bangsar di susur keluar ke Jalan Damansara. Selepas Balai Polis Traves. Sayang fotonya sikit kabur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan