Jom Follow

Selasa, 5 Februari 2013

PB & BVSM Di Kuala Terengganu.

Kembali bersama aku. Satu hari off. Satu tak post entri. Satu hari rehatkan minda. Satu hari berada di jalanan dan jumpa prospek.

Aku menulis ni dari bilik penginapan kami di KT. Sebelum keluar lebih baik aku buat catatan ni dulu. Bila keluar, takut tak sempat. Kesibukan melanda.hi!hi!hi!

Semalam. Jam 4.15 pagi. Kami dah mulakan perjalanan menuju ke KT. Dah jadi amalan kami bertolak awal pagi. Lagi pun tidur dengan BVSM jadi lebih bertenaga. Pagi, jalan belum sesak lagi. Kami ikut LDP menuju Gombak. Solat subuh di Hentian Maran. Sambung perjalanan. Singgah isi petrol di R&R Gambang. Beli roti sambal bilis. Buat penahan perut dulu. Kami keluar di Plaza Tol Jabor. Kami sampai situ lebih kurang jam 7 pagi. Kat sini kami melelapkan mata. Dapatlah 2 jam aku tidur. Tak sangka boleh sampai 2. BVSM aku jadikan alas kepala.

Warung D'NIE. Kami ambil sarapan.

Jam 9 pagi. Kami kembali bertenaga. Dah tak ngantuk. Teruskan perjalanan menuju KT. Ambil sarapan di Warung D'NIE, kat Sungai Ular. Masing-masing memilih nasi kerabu. Dah penuh tangki. Hati riang menuju KT. Perjalanan santai, tapi tak berhenti doa agar biz hari ini menjadi.

Kami sampai KT, jam 12 lebih. Sebelum check in hotel. Mencekik dulu. Dah sampai KT. Macam tak sah kalau tak mencekik nasi ayam. Kali ini kami pilih nadi ayam nurul iman. Lepas tu kami check in hotel. Dah dapat bilik. Apa lagi tidur dulu sikit. Appt pun jam 3 petang. Dapatlah satu jam. Hampir jam 3 kami bergerak ke Unisza, Gong Badak.  Fitting PB dan tunjuk magic BVSM. Tunjuk saja, walaupun tanpa diminta. Ini sebelum fitting. Syukur 1 BVSM ada orang ambil. PB, 3 orang paksi. Syukur, walaupun tanpa pakej.

Aku santai dalam keta je. Baca buku. Habiskan mana yang patut.

Jam 5 petang. Ada demo lagi. Lepas Unisza. Call prospek. Tak jawap. Beberapa kali call. Masih tak jawab. Alamat rumah dah bagi tapi pening nak cari. Alamatnya ringkas sangat. Dalam hati dah pasrah. Tak dapat petang ini, esok kami cari lagi. Minum dulu. Sambil tunggu prospek call. Warung kg Pak Tijah, tepi airport KT.  Laksa penang. Ikan celup tepung. Kerepok. Goreng pisang serta air kelapa.

Siap minum. Kami pasrah. Drive keta menuju bandar. Kira nak balik la. Tapi tiba-tiba ada call masuk. WOO! Prospek call. Dah boleh jumpa. Tadi bos panggil meeting. Itu yang x angkat call. Lega dan syukur.
PB & BVSM pemikat hati.

Kami patah balik. Cari rumah dia. Untuk mudah, dia tunggu tepi jalan, sebelah Vila Seri Mayang. Ikut belakang je. Lebih senang. Gong Badak ni luas. Bukan mudah nak jumpa kalau cari sendiri.

Syukur. PB & BVSM sangkut. Demo pun x lama sangat.

Lepas tu. Balik hotel. Ikut jalan lama, ikut Manir. Singgah Giant dulu. Rehat dan cari majalah. Mingguan Wanita & Wisel. Cari bekal malam nanti. Kat sibuk juga aku solat.Lagi satu, kami ke KT tak pernah singgah sini. Nak tahu juga apa bezanya Giant kat KT dengan KL.


Balik hotel. Baca-baca. Tidur awal. Bayar 'hutang tidur'...Hotel Ming Star.

Prospek hari ini positif. Dah tahu pasal PB. Cuma suruh datang nak pakai. Prospek ini kami jumpa semasa konvo Unisza. Dah cite padal PB. Senang jadi. Tak payah panjang-panjang cite.

Pandangan dari bilik aku. Ketika ini jam 6.30 pagi. Masih gelap, subuh pun 6.10 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger