Jom Follow

Rabu, 5 September 2012

Tanda Anda Bermasalah Wang???

Petanda  Masalah Kewangan:
  1. Keretakan mula berlaku dalam hubungan dengan pasangan: Pasangan boleh bermaksud yang sudah berkahwin, yang bertunang, ataupun yang masih bercinta tetapi sudah berkongsi hal ehwal kewangan.
  2. Terpaksa berhutang sebagai jalan penyelesaian: Ada beberapa golongan yang sering disasarkan oleh pemiutang ( pemberi hutang ) seperti kakitangan kerajaan yang ditawarkan dengan pelbagai kemudahan dan pengecualian. Justeru, apabila ada sahaja masalah kewangan, tanpa berfikir panjang mereka memilih pinjaman sebagai penyelesaian mudah.
  3. Rekod kesihatan kredit tidak bagus: Bank Pusat dengan kerjasama bank-bank tempatan menyimpan dan mengemas kini rekod kesihatan kredit semua pelanggan kewangan. Pegawai bank dapat menyemak dan menolak permohonan pembiayaan yang baru tanpa perlu memberi alasan.
  4. Corak pembayaran bil dan hutang yang tidak konsisten: Bayaran dilakukan secara bergilir-gilir ataupun bertangguh menggunakan tempoh tangguh yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan. Contohnya bulan ini kita hanya mampu bayar bil elektrik, bil telefon bombit dan bil internet. Hutang bank pula dibayar pada bulan seterusnya.
  5. Selama tiga bulan berturut-turut tidak dapat membayar sepenuhnya belanja yang dicaj kepada kad kredit: Terpaksa bayar kadar minima ataupun membayar bunga sahaja.
  6. Tidak dapat mengumpul wang secara sistematik biarpun mencuba bertahun-tahun: Sekiranya berjaya menyimpan, ada sahaja alasan menghabiskan wang....
Aku petik dari buku "Urus Wang Semasa Gawat".Sunthara Segar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger