Jom Follow

Ahad, 16 September 2012

Singgahlah Selalu ATM181.

Terima kasih sudi singgah di sini.
Selalu-selalulah singgah.
Mana tahu dapat sesuatu ketika singgah di sini.
Catatan perjalanan hidup seorang Networker.
Macam diari jugalah kiranya....

Bukan senang nak catat.
Setiap detik perjalanan kami.
Kena betul-betul komited baru boleh jadi.
Kalau tidak, banyak catatan perjalanan akan hilang ditelan kemalasan sendiri.
Bila rajin, baru terasa rugi, detik indah tak dirakam dengan sebaik mungkin.

Aku tak heran tak ramai yang follow.
Tapi aku takut, kalau aku tak boleh berterusan buat catatan.
Sejarah hidup. Berharga bila tiba masanya nanti.

Masa begitu pantas bergerak.
Tanpa sedar dah sebulan berlalu.
Tanpa sedar Si Amar dah setahun lebih.
Tanpa sedar Si Amza dah cecah lima bulan.
Tanpa sedar, aku dah cecah 40 tahun.
Tanpa sedar, kami dah berbiz cecah 12 tahun.

Sepanjang hidup sudah pasti, berputar antara gembira dan sedih.
Tak ada yang hanya kenal gembira sepanjang hidup.
Tak ada juga yang hanya merasa duka sepanjang hayat.
Tak ada orang yang sentiasa berada di atas sepanjang masa.
Tak ada orang ang selalu berada di bawah sepanjang masa.

Segalanya bermula dari bawah. Biz nasi kerabu/belauk hanya guna motor kerana motor yang kami ada ketika itu. Kami tukar biz, buat MLM, kehidupan menjadi lebih baik sehinggalah kami memiliki rumah/kereta seperti kat belakang tu. Syukur. Tapi kami sedang usaha menjayakan seramai mungkin rakan kongsi pulak. Belum puas berbakti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger