Selamat pagi. Masih di kedai mamak. Breakfast sambil baca paper.
Hari ni sikit rehat. Pagi tadi pun Cdm Kartini yang hantar Baby ke sekolah. Aku ditawan mengantuk. Jadi sambung tidur sikit. Walaupun tak bagus tidur lepas subuh. Dah terpaksa.hi!hi!hi! Nasib dah kerja sendiri. Tak terkejar-kejar ke pejabat. Kalau tak pasti kena marah bos...kalau bos tak marah, punch kad merah.
Jam 8 pagi. Aku bangkit kembali. Dah segar. Tak mengantuk lagi. Dah boleh mulakan aktiviti hari ini. Baca paper& baca buku & update blog.
Urusan biz, tunggu info dari Cdm Kartini. Aku rasa hari ini petang baru ada appt.
Cuma tengahari ini, nak lunch di Restoran Cina di Seksyen 13 Shah Alam. Dapat tahu kewujudannya melalui 'Surat Khabar Sinar Harian', terbitan hari Ahad lepas. Baca artikelnya pun dah teruja. Baca pun dah terliur. Nampak macam sedap. Itu yang terus nak cuba...hi!hi!hi! Hari ini akan tahu benar-benar sedap atau sekadar cerita paper sahaja.
Hebatnya promosi. Kasi orang tahu apa yang kita buat. Apa yang kita miliki dan boleh dikongsi dengan orang lain. Apa yang kita nak kongi benda orang suka. Benda orang nak. Benda orang gila. Benda orang sanggup tipu. Benda orang sanggup bunuh membunuh. Benda orang sanggup perang hatta dengan adik beradik. Kita kongsi duit. Kita kongsi cara bikin duit. Kita kongsi cara urus duit. Kita kongsi cara kaya lama punya.
Kalau ikut pengalaman aku. Meniaga kita ni mudah. Orang suka. Orang minat. Orang tak kisah keluar RM20k. Tapi orang tak jadi bila tahu pasal produk & syarikat. Itu je masalah. Kena bijak jawap tembakan pasal 2 ni. Bila jawab dengan bijak orang tak ada masalah nak bergabung dengan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan